KESULTANAN MELAYU MELAKA (Ekhsan)
Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1400. Parameswara merupakan seorang putera raja dari Palembang. Parameswara yang gagal membantu membebaskan kerajaannya daripada cengkaman Majapahit telah melarikan diri ke Temasik.Temasik ketika itu adalah di bawah naungan Siam. Di Temasik, beliau telah dilayan dengan baik oleh pemerintahnya iaitu Temagi.
Namun begitu, Parameswara telah merampas tampuk pemerintahan Temasik selepas membunuh Temagi. Kerajaan Siam mengancam untuk menyerang Temasik selepas mendapat berita mengenai rampasan kuasa tersebut. Mendengar Siam bersiap sedia untuk menyerang Temasik, Parameswara pun melarikan diri ke Muar. Apabila merasakan dirinya masih belum selamat, Parameswara kemudian melarikan diri pula ke utara sehingga tiba di sebuah perkampungan nelayan.
MELAKA MENDAPAT NAMA
Semasa tiba di sebuah perkampungan nelayan, Parameswara dan pengikutnya berehat di bawah sepohon pokok. Parameswara telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai. Peristiwa ini dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil dapat mengalahkan seekor anjing.
Kegagahan pelanduk menyebabkan baginda merasakan tempat itu istimewa untuk mendirikan kerajaan. Oleh itu, baginda telah menamakan kawasan tersebut sebagai Melaka sempena nama pokok tempat baginda berehat.
KEISTIMEWAAN MELAKA
1. Pokok bakau boleh dijadikan sumber kayu api dan dibuat tiang rumah. Pokok api-api pula dijadikan benteng pertahanan.
2. Terdapat bukit yang boleh dijadikan petunjuk pelayaran. Dari bukit ini juga mereka dapat mengawal kapal yang keluar dan masuk ke Melaka.
3. Muara Sungai Melaka yang dalam dan kedudukannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun sesuai dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal
PENTADBIRAN YANG SISTEMATIK (Ekhsan)
Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka adalah berdasarkan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sultan menjadi ketua kerajaan dan dibantu oleh Pembesar Empat Lipatan. Tugas Sultan dan Pembesar adalah seperti berikut:
1. SULTAN
•ketua kerajaan dan agama
•berkuasa mutlak dalam semua urusan pentadbiran
•berkuasa melantik pembesar
•menyelaras kegiatan perdagangan
•ketua tentera
•menjalinkan hubungan diplomatik
2. BENDAHARA
•ketua pentadbir negara
•penasihat utama Sultan
•ketua turus angkatan perang
•ketua hakim
•pemangku Sultan ketika baginda gering atau ke luar negara
3. TEMENGGUNG
•ketua polis
•ketua penjara
•ketua protokol istana
•hakim kes-kes jenayah di darat
•penguasa kota Melaka
4. PENGHULU BENDAHARI
•menguruskan perbelanjaan negeri
•Ketua Bendahari
•ketua urus setia istana
•Ketua Syahbandar
•pemungut cukai atau ufti
5. LAKSAMANA
•ketua angkatan laut
•pengawal keselamatan Sultan
•ketua utusan diraja ke seberang laut
MELAKA SEBAGAI PUSAT PENYEBARAN AGAMA ISLAM
Agama Islam telah berkembang di Melaka pada awal abad ke-15. Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam ialah Megat Iskandar Shah iaitu anak kepada Parameswara. Islam disebarkan ke Melaka melalui 3 cara iaitu:
(a) peranan pedagang dari Sumatera
(b) pedagang Islam
(c) peranan ulama
Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, Melaka muncul sebagai pusat pengajian dan penyebaran agama Islam di Kepulauan Melayu.

KEDATANGAN KUASA LUAR
Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan telah menarik minat kuasa luar untuk datang dan seterusnya menakluk Melaka. Kedatangan kuasa luar ini disebabkan oleh penemuan jalan laut, penyebaran agama dan keperluan bahan mentah. Antara kuasa luar yang datang dan menakluk Melaka adalah seperti berikut:
(a) Portugis – menakluk Melaka pada tahun 1511
(b) Belanda – menakluk Melaka pada tahun 1641
(c) British – menduduki Melaka melalui Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824
KEMEROSOTAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Semasa zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah, Melaka telah mengalami zaman kejatuhan. Semasa pemerintahan bagindalah Melaka telah berjaya ditakluk oleh Portugis pada tahun 1511. Kegemilangan Melaka yang hanya sempat bertahan selama 111 tahun berkecai apabila gagal membendung kemaraan angkatan tentera Portugis yang dipimpin oleh Alfonso d’ Albuquerque yang sememangnya sudah lama mengidam untuk menawan Melaka.
Antara faktor kejatuhan Melaka adalah seperti berikut:
(a) Kelemahan pemimpin
(b) Masalah dalaman – perebutan kuasa dalam kalangan pembesar
(c) Kelemahan askar Melaka
(d) Rakyat yang tidak setia
Kerajaan Melayu (juga digelar Malayu) adalah sebuah kerajaan Asia Tenggara yang telah wujud di antara abad ke-7 dan ke-13 pada zaman Masihi. Ia telah ditubuhkan di sekitar di hulu sungai Batanghari di Sumatra, Indonesia. Sekitar 682 M, Dapunta Hyang Sri Jayanasa mengintegrasikan kerajaan ini ke dalam empayar Srivijaya. Dan kemudian silih berganti bhumi malayu dikuasai oleh beberapa kerajaan.
Latar Belakang
Menurut Yijing Melayu yang awal (dieja sebagai Ma-La-Yu dalam tulisan bahasa China adalah sebuah kerajaan berdikari. Pada lewat abad ke-7, sami Yijing merakamkan bahawa kali kedua dia pulang semula ke Ma-La-Yu pada tahun 685 M, ia telah ditawan oleh Srivijaya dan sebelumnya di tahun 671, ia menyebut Malayu masih sebuah kerajaan berdikari Tambahan, Melayu telah mencapaikan pada kawasan-kawasan menghasil emas di daerah pendalaman Sumatra. Ini secara lambat menambahkan martabat Melayu yang berdagang pelbagai barangan tempatan, termasuk emas, dengan para pedagang asing. Kebangkitan kembali Melayu dapat ditunjukan dari Patung Grahi tahun 1183 M di Thailand selatan, disebutkan perintah dari Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa kepada penguasa Grahi yang bernama Mahasenapati Galanai supaya membuat patung Buddha seberat 1 bhara 2 tula dengan nilai emas 10 tamlin, dan pembuat patung bernama Mraten Sri Nano. Dimana Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa merupakan Raja Melayu di Dharmasraya. Dan selanjutnya perkataan bhumi malayu juga telah dipahatkan (tahun 1286)[5] pada sebuah patung Padang Roco di hulu sungai Batanghari (termasuk kawasan negeri Dharmasraya sekarang). Sebelumnya dalamPararaton juga telah disebutkan Pamalayu iaitu suatu ekspedisi menaklukan melayu yang terjadi pada tahun 1275 M. Menurut Ensiklopedia Malaysia tulisan India silam dalam Ramayana dan Vayu Purana (Abad ke-3 SM), perkataan bahasa Sanskrit 'Malayadvipa' (secara harfiah 'Pulau Melayu') telah disebutkan, merujukkan pada Sumatra.
Al-Biruni
Dari maklumat Abu Raihan Muhammad ibn Ahmad Al-Biruni, dari Persia, yang pernah mengunjungi Asia Tenggara tahun 1030 dan menulis catatan perjalanannya dalam Tahqiq ma li l-Hind (Fakta-fakta di Hindia) menyatakan bahawa ia mengunjungi suatu negeri yang terletak pada garis khatulistiwa dan merupakan negeri penghasil emas atau Golden Khersonese
Marco Polo
Dari buku Travels of Marco Polo, perkataan "Malauir" disebutkan untuk merujukkan pada suatu kawasan di bahagian selatan Semenanjung Malaysia
Sejarah Melayu
Perkataan Melayu disebut dalam Sejarah Melayu.
"Di sini sekarang adalah cerita sebuah bandar yang digelar Palembang di tanah Andelas (Sumatra). Ia diperintah oleh Demang Lebar Daun, seorang keturunan Raja Shulan, dan sungainya adalah Muara Tatang. Di pencapaian bahagian atas Muara Tatang adalah sebatang sungai yang bernama Melayu, dan di sungai itu ada bukit yang bernama Si-Guntang Mahameru'...."
1.1.4 KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU.
Berdasarkan kajian sejarah mendapati
Islam telah bertapak dan berkembang di Tanah Melayu sejak
sekian lama. Pelbagai teori dan hujah telah dikemukakan oleh sarjana-sarjana
tempatan dan Barat berhubung tarikh kedatangan awal Islam di Tanah Melayu.
Namun yang penting Islam telah bertapak di beberapa buah negeri dan diterima
baik oleh masyarakat Melayu. Islam dikatakan mula berkembang apabila kerajaan
Melayu Melaka bertindak menyebarluas pengaruh Islam di seluruh Tanah Melayu.
Kedatangan
Islam telah membawa suatu pembaharuan kepada kehidupan masyarakat Melayu yang
sama sekali berbeza dengan sebelumnya iaitu terbentuknya suatu peradaban baru
berteraskan Islam. Pengaruh Islam bukan sahaja berjaya merubah kepercayaan
tetapi juga sosio-budaya masyarakat Melayu dari sudut pemerintahan, pendidikan
dan kebudayaan. Namun perkembangan dan pengaruh Islam menghadapi cabaran
apabila kuasa Barat khususnya Inggeris (British) menjajah Tanah Melayu dengan
mencampuri hal ehwal pentadbiran di negeri-negeri Melayu dengan memperkenalkan
beberapa dasar bercorak sekular dan moden dalam pelbagai aspek
sehingga secara perlahan meminggirkan pengaruh Islam. Situasi ini telah
membangkitkan kesedaran orang Melayu untuk bangkit menentang penjajah menuntut
kemerdekaan demi kesinambungan peradaban Islam yang telah lama bertapak di
negara.
3.3 JAWATANKUASA
ANTARA KERAJAAN(JAK)
Selepas Suruhanjaya Cobbold membuat laporan yang agak
memuaskan tugas untuk merangka syarat-syarat Persekutuan terperinci telah
dilakukan oleh sebuah jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Antara
Kerajaan(JAK) yang diketuai oleh Lord Landowse yang bertindak sebagai pengerusi
Tun Abdul Razak.
Laporan yang dibuat oleh jawatankuasa ini menggunakan Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957 dan laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan oleh
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia sebagai asas pada 9 Julai
1993.
Antara perkara yang menjadi teras utama dalam perlembagaan tersebut ialah :
· Agama Islam dijadikan agama persekutuan
Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak
· Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa
rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi kelonggaran diberikan kepada Sabah dan
Sarawak untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam perkara perkara rasmi selama 10
tahun selepas kemasukan ke dalam Persekutuan.
· Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan
Sarawak akan diserahkan kepada kerajaan negeri masing masing walaupun dibawah
kawalan kerajaan pusat.Tujuannya adalah untuk memberi keyakinan kepada Sabah
dan Sarawak bahawa tujuan Tanah Melayu bukanlah untuk menjajah negeri tersebut.
· Sistem pendidikan masij dikekalkan
sehingga Majlis Negeri membuat pindahan
· Sabah diberikan 24 perwakilan
Parlimen,manakala Sarawak 16 dan Singapura 15 buah kerusi
3.4 REFERENDUM SINGAPURA
Singapura turut membuat satu pungutan suara yang dipanggil
Referendum Singapura .Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan
referendum sebgai satu cara meninjau pendapat penduduk Singapura untuk
mendapatkan kepastian dan pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan
Malaysia. Pungutan suara bukan bertujuan membenarkan rakyat Singapura menolak
penubuhan Malaysia,tetapi menerima cadangan ini dengan pendirian mereka
tertentu.
Kerajaan Singapura membuat keputusan ini kerana yakin akan Malaysia cuma
pandangan dan pendirian mereka juga perlu diambil kira .
Dalam pungutan suara ini,rakyat Singapura diberi tiga pilihan iaitu:
- Pilihan
A-rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syaray yang ditetapkan oleh
kerjaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui kertas putih pada
bulan November 1961(mendapat 397626 undi)
- Pilihan
B-Rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura
akan menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain dalam Persekutuan Tanah
Melayu.(9442 undi)
- Pilihan
C-Rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir
sama yang diperoleh oleh wilayah wilayah Borneo (144077 undi)
Sosialis dan pihak komunis yang tidak bersetuju untuk
bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu telah memulau pungutan suara dengan
membuang undi kosong.Namuh referendum menunjukkan 71% pengundi menyokong
pembentukan Malaysia .
Penganalisis sejarah mendakwa bahawa sokongan Singapura
disebabkan kejayaan kerajaan PAP meyakinkan rakyat bahawa tiada kemungkinan
taraf kerakyatan mereka akan dilucutkan dengan penggabungan ,perdagangan
antarabangsa Singapura mungkin merosot jika mereka tidak bergabung dan ancaman
komunis tidak akan dapat dibendung.
Secara Keseluruhannya, keputusan menunjukkan rakyat
Singapura bersetuju menyertai Malaysia dengan memilih syarat A. Iaitu
pilihan yang dicadangkan oleh kerajaan Singapura sendiri.
PROSES KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH
MELAYU
Tarikh 31
Ogos 1957 jam 12 malam menjelang hari yang disifatkan sebagai tarikh keramat
bagi seluruh rakyat Malaysia, adalah saat paling bersejarah. Ia menandakan
berakhirnya dilemma zaman penjajahan tentera British terhadap negara kita,
Malaysia (sebelum ini Malaya). Tarikh keramat itu disambut dengan laungan dan
pekikan MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! oleh seluruh rakyat Malaysia,
sebagai tanda bebas dari belenggu penjajahan hasil daripada perjuangan gigih
pejuang-pejuang tanah air dalam menuntut kemerdekaan tanah melayu.
Di hari yang
bertuah itu,sejak dari senja lagi,beribu-ribu rakyat telah berkumpul di padang
Kelab Selangor dan kawasan sekitarnya yang bergemelapan dengan cahaya lampu
yang berwana-warni untuk menyertai upacara menurunkan bendera Union Jack dan
menaikkan bendera Malaysia.
Sebaik
sahaja jam besar di bangunan Sultan Abdul Samad berdenting sebanyak 12 kali,
teriakan MERDEKA! Berkumandang di udara dan detik ini bermulalah
sejarah baru tanah air yg merdeka.
Menjelangnya
tarikh 31 Ogos 1957, persediaan-persediaan daripada pihak kerajaan dan rakyat
untuk menyambut dan merayakan kemerdekaan itu telah siap sedia diatur secara
besar-besaran. Seluruh negeri di Persukutuan Tanah Melayu tlh dihiasi dengan
berbagai-bagai hiasan. Bangunan-bangunan,terutama bangunan
kerajaan,perniagaan,persekutuan-persekutuan dan lain-lain tlh dihiasi dengan
bendera-bendera, lampu-lampu bergemelapan dengan membentuk huruf ‘MERDEKA'.
Perayaan
menyambut kemerdekaan di Kuala Lumpur telah diadakan selama 11 hari mulai dari
29 Ogos hingga 7september 1957 .
Susunan
aturcara rasmi perayaan merdeka itu dimulakan dengan upacara menyambut
keberangkatan tiba yang Teramat Mulia Duke dan Duchess of Glocester serta
puteranya,Prince William.Pada hari Khamis,29 Ogos 1957,dua hari sebelum tarikh
perayaan Kemerdekaan itu disambut ,Duke Duchess of Glocester serta puteranya
tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur .Dyke of Glocester, ialah bapa saudara
kepada Queen Elizabeth dan beliaulah yang menjadi Pegawai Peribadi Baginda
Queen did lm perayaan merdeka dan utk tujuan menyerahkan surat perlembagaan
bagi menarik balik kuasa British menaungi Negeri-Negeri Melayu dan Kedaulatan
Mahkota British ke atas Pulau Pinang dan Melaka, kepada Ketua Menteri Persekutuan
Tanah Melayu ,Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,di dalam istiadat Perisytiharaan
Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 .
Pada
keesokan harinya, iatu hari hari Jumaat 30 Ogos 1957, perayaan di Kuala Lumpur
terus disambut dengan penuh meriah .Selain daripada Majlis doa selamat dan
kesyukuran di masjid-masjid ,turut menjadi detik penting dalam sejarah Negara
ialah pembukaan rasmi Stadium Merdeka.Selain daripada menjadi gelanggang sukan
Negara ia juga dijadikan tempat perisytiharaan kemerdekaan .Upacara pembukaan
rasmi Stadium Merdeka itu telah diadakan pada jam 8:15 pagi dengan
dilangsungkan pertunjukan senaman beramai-ramai oleh murid-murid sekolah.
LANGKAH-LANGKAH KE ARAH KEMERDEKAAN
TANAH MELAYU
Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 setelah dijajah oleh kuasa asing.
Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan Tanah Melayu telah ditadbir oleh
British. Tanah Melayu juga telah diduduki oleh Jepun selama 4 tahun dari tahun
1941 hingga 1945. Sebelum mencapai kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan
darurau selama 10 tahun disebabkan serangan Parti Komunis Malaya. Pelbagai
usaha telah dilakukan untuk mencapai kemerdekaaan di Tanah Melayu. Bermula dari
tahun 1951 hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Antara
langkah-langkah yang dilakukan ialah dengan mengwujudkan Sistem Ahli 1951.
Sistem ahli 1951 merupakan usaha penting dalam mewujudkan perpaduan.
Tokoh-tokoh yang menganggotai Sistem Ahli 1951 terdiri daripada semua kaum.
Oleh itu, wujud kerjasama antara kaum dalam menjalankan tugas-tugas kerajaan
pada peringkat tertinggi. Ahli-ahli Sistem Ahli mestilah berwarganegara Tanah
Melayu dan menjalankan tugas-tugas bertaraf menteri. Antara ahli-ahli Sistem
Ahli ialah Dato’ Onn b. Ja’afar,E.E.C. Thuraisingam,Tengku Yaakob Ibni Sultan
Abdul Samad dan Mahmud b. Mat. Antara faedah Sistem Ahli 1951 ialah semangat
kerjasama dapat diwujudkan antara kaum melalui pentadbiran bersama. Ini dapat
menyedarkan rakyat bahawa perpaduan dapat dicapai melalui kerjasama dan sikap
bertolak ansur.
Langkah
seterusnya ialah dengan perkembangan parti politik dan perjuangan kemerdekaan.
Parti-parti politik terus berkembang di Tanah Melayu. Matlamat
parti-parti politik berbeza antara satu sama lain. Ada parti politik yang
memfokuskan perjuangan mereka untuk memelihara kepentingan kaum masing-masing
dan ada juga untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Antara parti yang
diwujudkan ialah parti yang berbentuk radikal seperti PKM,AWAS,API dan PKMM.
Parti berbentuk keislaman adalah PAS dan Hizbul Muslimin. Parti bukan bersifat
perkauman IMP(Parti Kemerdekaan Tanah Melayu) dan Parti Negara. Akhir sekali
ialah Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO,MCA dan MIC.
Langkah
seterusnya ialah dengan mengadakan pilihan raya. Perkembangan kegiatan politik
dan tuntuan daripada pelbagai parti telah menyebabkan kerajaan British membuat
keputusan untuk mengadakan pilihan raya. Kerajaan British membuat
keputusan ini kerana memerlukan kerjasama dan pertolongan rakyat Tanah Melayu
bagi menghapuskan ancaman komunis. Selain itu, kerajaan British mahu menggunakan
pilihan raya unruk menguji sama ada wujud perpaduan atau tidak perpaduan kaum
di negara ini. Kerajaan British berjanji kemerdekaan hanya akan diberikan
sekiranya rakyat bersatu padu. Pada peringkat permulaan, diperkenalkan pilihan
raya peringkat tempatan pada tahun 1951 bagi: Majlis Bandaran George Town,Johor
Bahru,Ipoh,Melaka,Seremban dan Kuala Lumpur. Pilihan Raya umum pertama bagi
Majlis Undangan Perseketuaan diadakan pada tahun 1955.
Kemudian
dengan penubuhan Parti Perikatan. Bagi menghadapi pilihan raya Majlis
Pebandaran Kuala Lumpur pada 1952 MCA dan UMNO berpakat untuk berkerjasama
secara sementara dalam pilihan raya tersebut. Menurut persetujuan,UMNO tidak
akan bertanding dikawasan MCA dan MCA tidak akan bertanding dikawasan UMNO.
Kedua-dua pihak akan saling membantu di kawasan masing-masing. Strategi ini
mendatang kejayaan kepada UMNO dan MCA. Kedua-dua parti mendapat undi majority.
Pakatan UMNO-MCA dipraktikkan dalam Pilihan Raya Majlis Bandaran Johor Bahru
dan Melaka.
Dengan
kejayaan ini, Tunku Abdul Rahman telah berunding dengan Tan Cheng Lock untuk
meneruskan kerjasama Parti Perikatan ke peringkat kebangsaan. Pada Februari
1953,pemimpin UMNO-MCA telah bermesyuarat di Kelab Pelombong-pelombong Bijih
Timah Selangor di Kuala Lumpur. Dalam mesyuarat itu,keputusan telah dicapai
untuk menubuhkan Parti Perikatan UMNO-MCA untuk berjuang dalam pilihan raya
umum pertama yang akan diadakan pada 1955 di Tanah Melayu. Pada tahun
1953,terdapat dua kumpulan yang mengemukan tuntutan kemerdekaan kepada kerajaan
British. Kumpulan pertama diketuai oleh Dato’ Onn b. Ja’afar. Pada April
1953,Dato’ Onn telah menganjurkan satu Perundingan Kebangsaan di Kuala Lumpur.
Perkara-perkara yang dipersetujui meminta British mengadakan pilihan raya umum
pada tahun 1956 dan mahu sebahagian daripada anggota
Majlis Undangan Persekutuan yang baru terdiri daripada wakil
rakyat. Parti Perikatan telah menganjurkan satu Konvensyen
Kebangsaan.
Hasil
Konvensyen tersebut, dua tuntutan dibuat, iaitu pilihan raya diadakan pada tahun
1954 dan menuuntuk supaya 60 peratus ahli Majlis Undangan Persekutuan terdiri
daripada wakil yang dipilih melalui pilihan raya. Kedua-dua pihak telah merujuk
kepada Majlis Raja-raja untuk membuat keputusan muktamad. Raja-raja memutuskan
supaya pilihan raya umum diadakan pada tahun 1955 dan separuh daripada anggota
Majlis Undangan Persekutuan terdiri daripada wakil rakyat. Parti Perikatan
tidak puas hati dengan cadangan Majlis Raja-raja dan menghantar rombongan yang
diketuai oleh Tunku Abdul Rahman untuk membantah tetapi ditolak oleh kerajaan
British. Kesannya kira-kira 1000 orang ahli UMNO dan MCA meletakkan jawatan
dalam kerajaan. Pentadbiran British terpaksa tunduk kepada tuntutan Parti
Perikatan kerana British sangat memerlukan perpaduan rakyat untuk menentang
komunis.
SEJARAH KE KEMERDEKAAN NEGARA
Pada tahun
1785, Syarikat Hindia Timur telah mendapatkan persetujuan
daripada Sultan Kedah di mana pihak Syarikat dibenarkan untuk menduduki Pulau
Pinang dengan syarat mereka membayar sewa tahunan dan membantu menentang
musuh-musuh Sultan terutamanya pihak Siam di utara dan pihak Bugis di Selangor.
Kapten Francis Light telah dilantik Pesuruhjaya di Pulau Pinang apabila
Syarikat Hindia Timur mengambil alih pulau itu secara rasmi pada 11 Ogos 1786.
Dengan ini bermula penjajahan British di Tanah Melayu.
Pulau Pinang
telah dijadikan sebagai jajahan takluk Benggala dan berada di bawah penguasaan
Gabenor di Kalkatta. Tidak lama kemudian, Pulau Pinang telah menjadi sebuah
pertempatan yang sibuk apabila pedagang-pedagang China dan India melihat
kelebihannya untuk berhijrah ke sini kerana ia merupakan sebuah pelabuhan bebas
dan tidak mengenakan cukai yang tinggi. Jumlah penduduknya meningkat dari 1,000
orang pada tahun 1788 kepada 12,000 orang pada tahun 1804 waktu mana orang
Melayu merupakan jumlah penduduk yang paling ramai diikuti dengan orang
India dan orang China.
Pada 15 Ogos
1795, angkatan Inggeris telah tiba di Melaka dan mengambil alih kuasa dari
tangan Gabenor Belanda, Abrahamus Couperus. Walaupun berlaku tentangan terhadap
penyerahan Melaka kepada Inggeris, ianya tidak mengakibatkan sebarang
pergeseran di antara mereka. Melaka terus ditadbir oleh pegawai Belanda di
bawah pengawasan seorang Residen Inggeris.
Pada tahun
1826, Pulau Pinang termasuk Seberang Perai, Melaka dan Singapura telah
digabungkan untuk membentuk Negeri-negeri Selat. Pulau Pinang, yang merupakan
penempatan terawal Inggeris telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran. Lama
kelamaan, kepentingan Melaka semakin luput manakala Pulau Pinang pula semakin
membangun. Namun begitu, kemajuan di Singapura juga telah meningkat dari segi
jumlah penduduk dan perdagangan, lantas pusat pentadbiran dipindahkan ke
Singapura pada tahun 1832. Negeri-negeri Selat berada di bawah penguasaan
Gabenor Jeneral di Kalkatta. Walau bagaimanapun, pada tahun 1867, Negeri-negeri
Selat diasingkan dari penguasaan Inggeris di India dan telah dijadikan sebuah
Koloni Diraja secara langsung di bawah penguasaan Pejabat Tanah Jajahan di
London.
Pada 13
Disember 1941, tentera Jepun telah berada di Kedah dan memulakan kemaraan
mereka ke Singapura. Tentera Jepun mendarat di Singapura pada 8 Februari dan
Singapura menyerah kalah kepada Jepun pada tanggal 15 Februari 1942. Sabah
jatuh ke tangan Jepun pada 19 Januari 1942 sementara Sarawak pula pada 1 April
1942. Pihak Jepun menubuhkan pentadbiran tenteranya di Malaya, yang
bertahan selama 42 bulan. Penjajahan Jepun telah membawa penderitaan kepada
kebanyakan penduduk. Penjajahan ini tamat apabila pihak Jepun menyerah kalah
pada bulan Ogos 1945.
Di Tanah
Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris dibuat di
Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Inggeris telah
memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu
kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka
terhadap negara. Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan
meminggirkan hak kaum Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini
serta menjejaskan institusi dan fungsi Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan
Inggeris memperkenalkan Malayan Union mendapat tentangan hebat seluruh orang
Melayu termasuk Majlis Raja-Raja.
Datuk Onn
telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh
Tanah Melayu pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Sebuah
jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Dato
Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan En.
Zainal Abidin (Za’ba) ditubuhkan.
Kongres
bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan
United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (PEKEMBAR) yang akan dibentangkan dalam kongres akan datang. Dalam
Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 di Johor Bharu Dato’ Onn Jaafar
mengumumkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. penubuhan ini bertujuan untuk
memperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan berdaulat, memajukan dan
memelihara kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaya dan memelihara dan
mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta kedudukan institusi Raja-Raja
Melayu.
Penentangan
mereka berjaya mengubah Malayan Union kepada Perjanjian Persekutuan yang
ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 yang mengembalikan Tanah
Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak
kewarganegaraan. Perjuangan orang Melayu berjaya membentuk Persekutuan Tanah
Melayu yang mengandungi 9 buah negeri Melayu iaitu Selangor, Perak, Kedah,
Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Negeri-Negeri
Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Ia diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi
British yang mempunyai kuasa eksekutif dan dibantu serta dinasihati oleh Majlis
Mesyuarat Kerja Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.
Kedudukan
Majlis Raja-Raja berjaya diletakkan pada tempat yang lebih baik yang antara
lain berfungsi menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar-dasar yang akan
dilaksanakan di Persekutuan Tanah Melayu. Jawatan Residen diganti oleh seorang
Menteri Besar. Sementara syarat-syarat kerakyatan diperketatkan melalui
kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara permohonan.
Pembubaran
Kesatuan Malaya pada tahun 1948 telah memaksa pihak British untuk membuka jalan
bagi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Akibat daripada dua tekanan utama
yang terdiri daripada peristiwa Darurat dan juga perkembangan pergerakan
nasionalis Melayu iaitu UMNO, pihak British memperkenalkan sistem pilihanraya
pada tahun 1951 di peringkat tempatan.
Masalah
dalam mendapatkan kerjasama politik daripada kumpulan etnik utama di negara ini
dalam memperjuangkan kemerdekaan berjaya diatasi dengan pembentukan pakatan di
antara UMNO dan Persatuan Cina Malaya (Malayan Chinese Association-MCA) dan
kemudiannya disertai oleh Kongres India Malaya (Malayan Indian Congress-MIC).
Ketika pilihanraya persekutuan yang pertama diadakan pada tahun 1955, pakatan
UMNO-MCA-MIC yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman telah memperolehi kemenangan
yang besar dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Tunku
Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri pertama Persekutuan Malaya.
Pakatan tersebut telah berjaya memaksa British untuk melepaskan kuasa
pemerintahan mereka dan pada 31 Ogos tahun 1957, Persekutuan Malaya telah mencapai
kemerdekaannya.
TANGGAL 31 OGOS
TANGGAL 31
OGOS diabadikan saban tahun tarikh penuh bersejarah bagi seluruh rakyat
Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Namun, slogan laungan
merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati
dengan enuh kesedaran dan kesyukuran nilai kemerdekaan yang sebenarnya.
Penghayatan
kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka. Ia merupakan
penghayatan dan pemahaman maksud serta kepentingan mempertahankan kemerdekaan
yang dikecapi. Mungkin ramai yang tidak mengetahui erti kemerdekaan yang
sebenar. Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah
semata-mata, malah kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir
luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang
kaum di Malaysia.
Kemerdekaan
telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara. Ia adalah sesuatu yang tidak
boleh dijual beli. Rakyat Malaysia yang cintakan negara wajar memelihara nama
baik negara di mana sahaja mereka berada. Dari sudut keselamatan, maruah dan
kedaulatan negara bukan sahaja dipikul oleh anggota keselamatan tetapi turut
dipikul bersama oleh semua rakyat.
PENUBUHAN PARTI PERIKATAN
PERIKATAN
Penubuhan
parti politik di negara kita sebenarnya bermula pada 1940 apabila
kesedaran politik mula melonjak hasil pengenalan Malayan Union oleh
Inggeris di negara ini. Penubuhan UMNO , MCA dan MIC pada awalnya bermaksud
untuk membela masyarakat atau kaum masing-masing dalam bidang politik, ekonomi
dan sosial. Perpaduan kaum mula dibentuk apabila Parti Perikatan mula
ditubuhkan hasil gabungan UMNO,MCA dan MIC yang merapatkan hubungan antara
orang Melayu, Cina dan India dalam bidang politik dalam usaha memuju kerjasama
kaum ke arah mencapai kemerdekaan.
Setelah
menyedari kesusahan yang harus dilalui untuk mendapatkan kebebasan, pemimpin
Melayu kemudian membawa masuk masyarakat bukan Melayu untuk berjuang
bersama-sama. Ini adalah bertujuan agar semua kaum dapat mengetahui kepentingan
kebebasan dan kesusahan yang perlu dilalui untuk mendapatkannya. Dengan
kebijaksanaan dan matlamat yang menekankan objektif jarak jauh, arena politik
tempatan harus ditubuhkan dengan segera.
Kaum Melayu
menyedari bahawa mereka memerlukan sebuah parti politik sebagai jentera untuk
mengatasi sengsara mereka dan dengan ini tertubuhlah UMNO pada 11
Mei 1946. Kaum lain juga berpendapat sedemikian. Hasilnya, sebuah parti
perikatan gabungan UMNO dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang
diterajui oleh Tunku and Tun Tan Cheng Lock ditubuhkan.
Pertubuhan
memulakan ujian pertama pada tahun 1952 ketika Pilihanraya Majlis
Bandaraya Kuala Lumpur di mana Parti Perikatan ini mencapai kemenangan
yang menyakinkan.
Konsep
penggabungan ini menghasilkan kejayaan yang menakjubkan dan ini menarik Kongres
India Se-Malaysia (MIC) untuk memasuki perikatan ini. Perikatan ini
kemudiannya bertanding dalam Pilihanraya Pertama pada 27
Julai 1955 dan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan. Perikatan tersebut diberikan keutamaan untuk menubuhkan
kerajaan pertama di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana
Menteri pertama. Beliau kemudian menubuhkan Kabinet Menteri yang dilantik
daripada pelbagai kaum di Malaysia. Perikatan ini merupakan percubaan yang
berani yang diilhami oleh Tunku, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan.
UMNO
Satu
himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama
telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung
Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41
Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
Dato’ Onn
bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres.
Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
Tiga usul
telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:
1.
Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah
pertubuhan Malayan Union
3.
Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu
Satu
jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang,
Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad
(Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO
untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
Walaupun ada
bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan
rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang
Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi
sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar
Johor Bahru.
Kongres
Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu
Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam
atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan
UMNO pun lahirlah secara rasmi
MIC
Kongres
India Se-Malaysia adalah sebuah parti minoriti India yang ditubuhkan pada Ogos
1946 oleh John A. Thivy dan Janaky Athi Nahappan.
MIC
ditubuhkan selepas satu persidangan diadakan di Dewan Orang Ramai Chettiar,
Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Pada awalnya, ia hanya menjadi tarikan kepada
masyarakat kelas pertengahan terutama dengan personaliti presiden pertamanya
John A. Thivy yang berlatar belakangkan pengamal undang-undang.
Parti
MIC pernah dipimpin oleh barisan kepimpinan pelbagai latar belakang termasuklah
peguam, kerani, ahli perniagaan, guru, dan arkitek. Sumbangan setiap kepimpinan
berbeza-beza mengikut keperluan persekitaran semasa ketika itu. Seiring dengan
perkembangan tersebut, pencapaian parti MIC juga berubah.
Jika pada
awalnya, kebajikan masyarakat India diberi tumpuan terutama mereka yang datang
berhijrah ke Tanah Melayu, selepas itu, usaha untuk memperbaiki taraf hidup
mereka dilakukan. Ini termasuklah usaha mengurangkan kadar kemiskinan,
pekerjaan, perumahan, kesihatan, pendidikan dan hak milik saham serta latihan
kemahiran.
MCA
Pada 27
February 1949, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina yang lain seperti Tun
Leong Yew Koh dan Kolonel H.S Lee, Tan mengasaskan Persatuan Cina
Tanah Melayu (MCA) dan menjadi presidennya yang pertama.
Matlamat
utama untuk membentuk MCA adalah untuk:
· menyatukan
orang-orang Cina di Tanah Melayu;
· melindungi
hak-hak dan kepentingan orang-orang Cina;
· bekerjasama
dengan kerajaan untuk menentang komunisme dan
· bekerjasama
dengan bangsa-bangsa lain untuk memperoleh kemerdekaan untuk Tanah Melayu.
Sebagai
Presiden MCA, Tan mengetuai kempen-kempen di seluruh Tanah Melayu. Kempen-kempen
itu menarik hampir 200,000 ahli dan cawangan-cawangan MCA ditubuhkan. Bilangan
ahli dan cawangan MCA semakin bertambah. Tan, selaku ketua MCA, menyokong
gagasan Dato’ Oon Jaafar untuk membentuk Parti Kemerdekaan Malaya
(IMP). IMP dibentuk pada 26 September 1951 di Kuala Lumpur
dengan kerjasama berbagai-bagai bangsa. Bagaimanapun dalam tempoh tiga
tahun, hubungan antara MCA dan IMP menjadi tegang, disebabkan apa yang
dikatakan ketakbekerjasamaan Dato' Onn terhadap persoalan kewarganegaraan.
Pada tahun
1952, Akta Kewarganegaraan diluluskan yang mengenakan sekatan terhadap
orang-orang bukan Melayu. Dato' Onn mengemukakan Akta Imigeresen 1952, 1953 dan
Akta Perniagaan 1953 yang menjejaskan ahli-ahli Cina dalam IMP. Pemusuhan
antara Tan dan Dato' Onn bermula ketika Tan menyokong cadangan H.S. Lee untuk
bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Kuala Lumpur pada Februari
1952. Dato' Onn terang-terang mengkritik tindakan-tindakan politik orang Cina
dan ini menyebabkan Tan dan MCA menyokong UMNO yang diketuai oleh Tunku Abdul
Rahman
Tan membawa
MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditajai oleh UMNO pada 23 Ogos 1953, dan
sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA dengan persefahaman
untuk mencapai kemerdekaan melalui cara yang aman. Pembentukan Parti
perikatan antara MCA, UMNO, dan MIC mencepatkan proses kemerdekaan
ketika Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam Pilihan Raya
Persekutuan pada tahun 1955. Cita-cita Tan untuk memperoleh taraf
kewarganegaraan untuk orang-orang Cina di Tanah Melayu dicapai ketika UMNO
menerima cadangan itu dan memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan
kepada Suruhanjaya Reid yang ditugasi untuk menulis Perlembagaan
Persekutuan.
KRONOLOGI DALAM MENCAPAI KEMERDEKAAN
NEGARA
27 JULAI 1955
Pilihan Raya
Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang
ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk
Parti Perikatan untuk menghadapi Pilihan Raya tersebut.
10 OGOS 1955
Tunku Abdul
Rahman membentuk Kabinet Pertama yang dianggotai oleh 6 wakil Melayu,
wakil Cina dan 2 wakil India.
18 JANUARI - 6 FEBRUARI 1956
Tunku Abdul
Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Pesekutuan Tanah Melayu di
London.
8 FEBRUARI 1956
Perjanjian
Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh
kemerdekan Persekutuan Tanah Melayu.
20 FEBRUARI 1956
Tunku Abdul
Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar
Hilir, Melaka.
21 MAC 1956
Suruhanjaya
Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan
menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
28 - 29 DISEMBER 1956
Tunku Abdul
Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan
Bidang diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chiu Peng. Setiausaha Agung
Parti Komunis Malaya (PKM).
30 OGOS 1957
Detik 12.00
tengah malam , bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul
Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai
kemerdekaan.
31 OGOS 1957
Pengisytiharan
kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
RUMUSAN
Tanah melayu
akhirnya berjaya memperoleh kemerdekaan pada 31 ogos 1957 setelah dijajah oleh
kuasa-kuasa asing selama 446 tahun. kemerdekaan bererti tamatnya tempoh
penjajahan di tanah melayu dan asing. Kemerdekaan yang diperolehi adalah
melalui proses perundingan dengan pihak Inggeris. Orang Melayu pula telah
menunjukkan tolak ansurnya yang paling maksimum sehingga mengorbankan hak
ketuanan mereka di bumi sendiri. Walau bagaimanapun, orang Melayu telah tidak
dapat menahankan konsepius soli yang ditentang mereka sejeak pertubuhan Malayan
Union lagi. Dari tempoh 31 Ogos 1957 sehingga 31 Ogos 1958 kaum-kaum bukan
Melayu telah diberikan pengecualian perlunya mengetahui bahasa Melayu atau
bahasa Inggeris. Ini merupakan satu kelonggaran yang istimewa untuk tempoh satu
tahun. Ia bolehlah dianggap sebagai satu hadiah atau pengecualian yang istimewa
kepada kaum bukan Melayu. Dalam tempoh setahun ini jugalah MCA telah
menjalankan kempen berhabis-habisan hingga lebih daripada 800,000 orang bukan
Melayu telah menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu secara automatik.
PENGAJARAN
Sebagai
warganegara yang cinta akan tanah air, kita seharusnya mempertahankan negara
daripada penjajahan barat supaya negara berada dalam keadaan yang aman dan
damai tanpa pertumpahan darah. Selain itu, sebagai golongan muda iaitu pencorak
masa depan negara, kita perlulah menanamkan semangat patriotik dalam diri
supaya dapat mempertahankan hak negara daripada diceroboh negara asing.
Seterusnya, sebagai masyarakat yang prihatin terhadap negara, kita perlu
berusaha sedaya upaya bagi mencipta nama negara di persada antarabangsa dan
dipandang tinggi oleh masyarakat dunia.
RUJUKAN
ü
Buku Rujukan Pengajian Malaysia Edisi Kelima,
Terbitan Oxford Fajar Sdn.Bhd (2014)
ü
Internet, Proses Kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu
ü
Orang Sumber, Pn. Asmah Binti Mohd Subari @
Sarman, Pustakawan Politeknik Nilai
ü
Surat Khabar Harian Metro, 31 Ogos 2016
3.3 JAWATANKUASA
ANTARA KERAJAAN(JAK)
Selepas Suruhanjaya Cobbold membuat laporan yang agak
memuaskan tugas untuk merangka syarat-syarat Persekutuan terperinci telah
dilakukan oleh sebuah jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Antara
Kerajaan(JAK) yang diketuai oleh Lord Landowse yang bertindak sebagai pengerusi
Tun Abdul Razak.
Laporan yang dibuat oleh jawatankuasa ini menggunakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan oleh Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia sebagai asas pada 9 Julai 1993.
Antara perkara yang menjadi teras utama dalam perlembagaan tersebut ialah :
Laporan yang dibuat oleh jawatankuasa ini menggunakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan oleh Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia sebagai asas pada 9 Julai 1993.
Antara perkara yang menjadi teras utama dalam perlembagaan tersebut ialah :
· Agama Islam dijadikan agama persekutuan
Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak
· Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa
rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi kelonggaran diberikan kepada Sabah dan
Sarawak untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam perkara perkara rasmi selama 10
tahun selepas kemasukan ke dalam Persekutuan.
· Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan
Sarawak akan diserahkan kepada kerajaan negeri masing masing walaupun dibawah
kawalan kerajaan pusat.Tujuannya adalah untuk memberi keyakinan kepada Sabah
dan Sarawak bahawa tujuan Tanah Melayu bukanlah untuk menjajah negeri tersebut.
· Sistem pendidikan masij dikekalkan
sehingga Majlis Negeri membuat pindahan
· Sabah diberikan 24 perwakilan
Parlimen,manakala Sarawak 16 dan Singapura 15 buah kerusi
3.4 REFERENDUM SINGAPURA
Singapura turut membuat satu pungutan suara yang dipanggil
Referendum Singapura .Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan
referendum sebgai satu cara meninjau pendapat penduduk Singapura untuk
mendapatkan kepastian dan pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan
Malaysia. Pungutan suara bukan bertujuan membenarkan rakyat Singapura menolak
penubuhan Malaysia,tetapi menerima cadangan ini dengan pendirian mereka
tertentu.
Kerajaan Singapura membuat keputusan ini kerana yakin akan Malaysia cuma pandangan dan pendirian mereka juga perlu diambil kira .

1.3.2 Reaksi Wilayah Terlibat dan Negara
Jiran (ASEAN)
· Pengumuman
rancangan pembentukan Malaysia yang dibuat oleh TUnku Abdul Rahman mendapat
pelbagai reaksi dari wilayah-wilayah yang terlibat dan negara-negara jiran.
Reaksi yang diterima adalah seperti dalam jadual 1.18
Negeri
|
Reaksi
|
Persekutuan
Tanah Melayu
|
·
Parti islam Se- Tanah Melayu (PAS) dan
Barisan Sosialis meminta supaya idea pembentukan Malaysia dirundingkan
terlebih dahulu bersama penduduk Tanah Melayu
·
UMNO bersetuju atas cadangan pembentukan
Malaysia tanpa penyertaaan Singapura
|
Singapura
|
· PAP di bawah pimpinan Lee Kuan Yew menyokong
usaha pembentukan Malaysia kerana bimbang dengan pengaruh parti berhaluan
kiri
· Pada Disember 1961, Majlis Undangan Negeri
Singapura meluluskan usul penggabungan ini.
· Parti Barisan Sosialis menuntut supaya
kerajaan Singapura mendapatkan pandangan rakyat Singapura berhubung perkara
ini dan pandangan tersebut disokong oleh Parti Buruh pimpinan David Marshall
serta Parti Rakyat Bersatu pimpinan Ong Eng Guan
·
Pada 1 September 1962, satu referendum dan
pungutan suara berkaitan penggabungan Singapura diadakan. Lebih 70% rakyat
Singapura bersetuju untuk meneruskan cadangan pembentukan Malaysia.
|
Sarawak
|
·
Cadangan pembentukan Malaysia ditolak pada
peringkat awal kerana belum mempunyai keyakinan untuk membentuk pemerintahan
sendiri
·
Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di bawah
pimpinan Ong Kee Hui adalah parti yang menolak cadangan penubuhan MALAYSIA
·
Cadangan penubuhan Malaysia awalnya tidak
disokong oleh Parti Negara Sarawak (PANAS) tetapi kemudiannya menyokong
pembentukan MALAYSIA di bawak pimpinan Dato Bandar Abang Haji Mustapha
|
Sabah
|
·
Cadangan pembentukan Malaysia ditolak pada
peringkat awal kerana belum mempunyai keyakinan untuk membentuk pembentukan
Malaysia
·
Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan 20
syarat yang dikenali sebagai Perkara 20 dan diterima oleh SARAWAK. Perkara 20
merupakan tuntutan Sabah dan Sarawak untuk dimasukkan dalam Perlembagaan
Malaysia oleh JawatanKuasa antara kerajaan.
|
Brunei
|
·
Sultan Omar Ali Saifuddin, Sultan Brunei
menyokong cadangan pembentukan Malaysia pada awalnya kerana dapat membantu
Brunei mendapat kemerdekaan lebih awal dan terlindung daripada ancaman
Filipina dan Indonesia.
·
Parti Rakyat Brunei di bawah pimpinan A.M
Azahari menentang keras pembentukan Malaysia kerana berhasrat menggabungkan
Sabah, Sarawak dan Brunei dan menubuhkan kerajaan Borneo Utara (NKKU) dengan
Sultan Brunei sebagai ketua negara
·
Sultan Brunei mengambil keputusan untuk
tidak menyertai Malaysia disebabkan pergolakan politik Brunei dan
factor-faktor lain
·
Brunei kekal sebagai tanah jajahan British
dan mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1984
|
British
|
·
British bersetuju dengan pembentukan
Malaysia dan bersetuju memberikan kemerdekaan kepada negara terlibat
·
Pembentukan Malaysia dapat mengekang
pengaruh komunis
|
Indonesia
|
·
Indonesia menentang pembentukan Malaysia
kerana presiden Soekarno berhasrat menggabungkan Indonesia dan Tanah
Melayu bagi menubuhkan Melayu Raya
atau Indonesia Raya
·
Tentera Indonesia menyusup masuk ke Johor,
Sabah, Sarawak dan melancarkan serangan gerila
·
Pemimpin Indonesia dan Filipina meminta
suruhanjaya khas ditubuhkan di bawah seliaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) bagi meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak terhadap gagasan
Malaysia. Suruhanjaya tersebut dinamakan sebagai Suruhanjaya Cobbold
·
Indonesia dan Filipina enggan menerima
keputusan Suruhanjaya Cobbold yang mendapati penduduk Sabah dan Sarawak
bersetuju atas cadangan pembentukan Malaysia dan meneruskan dasar konfrotasi
ke atas Malaysia.
·
Jeneral Soeharto mengambil alih pemerintahan
Indonesia pada 30 September 1965 dan mengambil dasar berdamai dengan Malaysia
·
Perjanjian damai ditandatangani oleh Tun
Abdul Razak, TImbalan Perdana Menteri Malaysia dan Adam Malik, Menteri Luar
Indonesia pada 11 Ogos 1966 dan menamatkan konfrotasi Malaysia secara rasmi
|
Filipina
|
·
Filipina menentang pembentukan Malaysia
kerana mendakwa Sabah ialah sebahagian daripada wilayah Filipina
·
Presiden Macapal berpendapat bahawa Sabah
dipajak kepada Syarikat Borneo Utara British (SBUB) oleh Sultan Sulu dan
bukannya dijual
·
Pajakan
tersebut diisytiharkan tamat pada 1958 oleh waris Sultan Sulu yang terakhir ,
iatu Sultan Esmail Kiram
·
Hubungan Tanah Melayu dan Filipina menjadi
keruh
·
Filipina mengiktiraf penubuhan Malaysia pada
tahun 1966.
|
1.3.4 Penyingkiran Singapura
Pemisahan
Singapura
Pemisahan
mana-mana wilayah Malaysia adalah dilarang oleh Perlembagaan . Situasi
sedemikian memerlukan persetujuan Malaysia Raja-Raja terlebih dahulu . Pindaan
dibuat dengan 2/3 daripada ahli Dewan Rakyat menyokong pindaan ini . Oleh
itu,pada bulan September 1963,Singapuraa keluar dari persekutuan Malaysia.
BAB 2 : PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Konsep
, Tujuan dan Ciri-ciri Perlembagaan..
Pengenalan
Pada zaman kesultanan melayu melaka terdapat undang-undang laut melaka
dan hukum kanun melaka.sementara itu,setiap neger pula mengamalkan adat
tradisional iaitu adat temenggung dan adat perpatih.adat perpatih biasanya
diamalkan di negeri sembilan dan Melaka . Masyarakat melayu tradisional
mementingkan adat dalam kehidupan mereka.situasi ini menggambarkan wujudnya
suatu sistem yang mengawal dan mengatur tata cara hidup masyarakat.perlembagaan
moden hanya diperkenalkan setelah tanah melayu menccapai kemerdekaan pada
tahun1957 dan diperkemas setelah terbentuknya persekutuan Malaysia pada
tahun1963....
Definisi perlembagaan
Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan bagaimana
seseuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam
undang-undang,adat dan peratuan yang lazim dipakai.perlembagaan tersebut
bersangkut paut dengan hal bagaimana keputusan-keputusan awam dicapai dan bagaimana
kuasa diagihkan antara institusi kerajaan sama ada di pusat ataupun pada
peringkat tempatan.perlembagaan juga akan menetapkan had-had kewibawaan
kerajaan dan cara-cara pemilihan serta pelantikan pemerintah .
Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah
negara.kewujudannya adlah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara .
Selain itu perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan
undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat.
Perlembagaan persekutuan malaysia mengandungi 131 perkara yang menyentuh
pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi,kuasa dan kedudukan
YDPA,keistimewaan raja-raja melayu dan hak orang melayu.agama,kewarganegaraan
kehakiman dan sebagainya.perlembagaan boleh dikatakan sebagai sebuah dokumen
yang mengandungi segala undang-undang dan peratuan asas negara..
Sejarah pembentukan perlembagaan malaysia
Sejarah pembentukan perlembagaan Malaysia telah bermula sejak abad ke19
penjajah british telah menguasai perak,selangor,negeri sembilan dan pahang yang
dikenali sebagai negeri-negeri melayu bersekutu . Selepas perang dunia kedua
jepun berundur dari tanah melayu dan british kembali ke tanah melayu .
Pengenalan malayan union pada bulan april 1946 telah mendapat tentangan yang
hebat daripada tanah melayu.
Hal ini menyebabkan satu perjanjian baharu telah dibuat antara raja-raja
melayu dengan penjajah brirish yang dikenali sebagai perjanjian persekutuan
1948 . Melalui perjanjian ini kerajaan pusat terdiri daripada seorang pesuruh
tinggi british,sebuah majlis mesyuarat dan sebuah majlis perundangan . Selain
itu,majlis perundangan mempunyai anggota rasmi dan sebilangan anggota tidak
rasmi yang dilantik oleh pesuruhjaya tinggi british.hasil daripada perjanjian
telah lahir satu perlembagaan baharu bagi tanah melayu yang berkuat kuasa pada
1 februari 1948 . Selepas ini perlembagaan tersebut dipanggil sebagai
perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948 . Selepas pilihan raya 1955 parti
perikatan yang menang majoriti secara tidak langsung menjadi kerajaan .
Pemerintah telah menuntut agar pihak penjajah british mengadakan satu
persidngan perlembagaan di london..
Dalam persidangan ini cadangan agar ditubuhkan sebuah pesuruhjaya yang
bebes untuk menggubal satu perlembagaan untuk persekutuan tanah melayu sebagai
langkah pertama kearah kemerdekaan . Persidangan tersebut telah berjaya
menubuhkan seuah suruhanjaya perlenbagaan perskutuan tanah melayu yang
dipengerusi oleh lord reid(england)sir ivor jenning (uk)sir willian makell
(australia)b.malik(india)dan hakim abdul hamid (pakistan).pelantikan orang luar
dalampenggubalan perlembagaan ini bertujuan mengelakkan daripada masalah berat
sebelah.Suruhanjaya Reid telah mengadan referendum dalam kalangan semua
penduduk Tanah Melayu termasuk orang awam,parti politik,badan awam dan
sebagainya . Pada bulan Oktober 1956, Suruhanjaya Reid telah Berjaya Menerima
131 cadangan daripada penduduk Tanah Melayu.
Draf perlembagaan bagi persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 31
Ogos 1957 . Persekutuan tanah melayu telah menjadi sebuah negara yang berdaulat
dan merdeka.
Tujuan Perlembagaan
Kewujudan perlemagaan dari segi sejarah
berdasarkan tolak ansur anatara kaum . Walaupun perlembagaan memperuntukan
agama islam sebagai agama rasmi tetapi agama lain juga bebas diamalkan di
Malaysia . Peruntukan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara juga ada
kelongarannya apabila bahasa lain juga boleh digunakan . Manakala dalam perkara
hak keistimewaan orang Melayu,YDPA bukan sahaja menjaga kepentingan orang
Melayu,tetapi kaum lain juga dapat pelindungan yang sewajarnya . Ianya adalah
untuk melahirkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan tidak menitikberatkan
sesebuah kaum sahaja.
·
Mengelakkan penyalahgunaan Kuasa
oleh Pemerintah
Sebagaimana yang digariskan dalam
perlembagaan,terdapat beberapa peruntusan khas tertentu untuk YDPA serta
sultan/raja/Yang Dipertua Negeri . Walaupun baginda mempunyai bidang kuasa
2.4.2 KEDUDUKAN AGAMA
1. Kedudukan agama dalam kebenaran
2. Kedudukan agama dalam perilaku manusia
Kedudukan agama dalam kebenaran, dalam hal ini di terdaat 4 pandangan yang mengartikannya.
1. Menurut pengetahuan
kedudukan agama pada hal ini menurutnya adalah kebenaran yang bisa diterima oleh akal manusia. Dimana akal manusia masih bisa menganggapnya sesuatu yang betul dengan pikiran dan mereka membvenarkannya dengan ucapan ataupun perilaku.
2. Menurut ilmu
kedudukan agama menurutnya adalah kabenaran yang didapat dengan cara proses ilmiah/ langkah-langkah ilmiah. Dimana didalamnya terdapat masalah yang harus diselesaikan. Adapun langkah-langkah tersebut: masalah, observasi/penelitian, hipotesis, eksperimen/evaluasi, kesimpulan, langkah-langkah inilah yang menghasilkan teori apabila teori ini benar maka ilmu telah membenarkannya.
3.Menurut falsafat
kedudukan menurut falsafat adalah kebenaran yang berdasarkan logika dan diperkuat oleh dalil naqli ataupun aqli
4. Menurut Agama
kedudukan agama menurut agama adalah kebenaran yang mutlak yang berdasarkan langsung dari wahyu allah
Kedudukan agama dalam perilaku manusia bertempat pada hati dan akal, dimana hati sebagai tempat penguat sifat seseorang akan kebenaran, sedangkan akal adalah tempat untuk barfikir apakah yang diterima benar atau salah. Hati manusia begitu mudahnya goyah dikarenakan sifat manusia yang berubah ubah. Maka hati haruslah besrta agama, dan akal haruslah beserta pengetahuan. Ada pepatah bilang “agama tanpa ilmu baikan orang yang buta, dan ilmu tanpa agama bagaikan orang yang lumpuh”. Maka dengan kata lain manusia harus bisa menjaga hati dan akal pikirannya, untuk bisa menerima apa yang ada di alam semesta isi.
Perlembagaan
Persekutuan Malaysia terbahagi kepada 15 bahagian dan 183 perkara. Antara 183
perkara tersebut, terdapat beberapa peruntukan utama yang berkaitan dengan
aspek-aspek berikut iaitu bahasa, agama, kewarganegaraan, kebebasan asasi, dan
kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
KEDUDUKAN DAN TARAF BAHASA MELAYU
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
Dalam
perlembagaan Perseketuan pada perkara 152 ( Edisi Jun 1970 ) termaktub :
152 ( 1)
Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa
tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang oleh parlimen.
Dengan
syarat bahawa :
(a ) tiada
sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan ( bagi apa-apa
maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar,
apa-apa bahasa lain.
Falsafah dan
sikap tegas Perlembagaan kita mengandungi kebijaksanaan. Di samping memberi
tempat istimewa kepada bahasa Melayu, ia menjamin kedudukan bahasa kaum lain.
Ini besar ertinya kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia, yang menuturkan
pelbagai bahasa.
Akta Bahasa Kebangsaan
Akta Bahasa
Kebangsaan ( Tambahan No.18 ) 1963, membuat tambahan dalam hal : maksud rasmi,
terjemahan, perlanjutan penggunaan bahasa Inggeris ( termasuk dalam Dewan
Undangan Negeri dan Parlimen ), teks sahih undang-undang ( termasuk
undang-undang bertulis sebelum 1.9.1967 ), bahasa mahkamah, tulisan bahasa
kebangsaan, bentuk angka dan barang.
Pada tahun
1967 diadakan satu lagi Akta Bahasa Kebangsaan (Tambahan No. 57), ada sembilan
tambahan. Akta tersebut kemudiannya disemak dan disatukan dengan Akta Bahasa
Kebangsaan 1963 menjadi Akta Bahasa Kebangsaan 1967, bahasa kebangsaan mestilah
digunakan bagi maksud-maksud rasmi, kecuali dalam beberapa kes tertentu seperti
undang-undang yang sedia ditulis dalam bahasa Inggeris, dan berhubungan dengan
negara luar.
Berhubung
dengan pendidikan, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar pada peringkat
sekolah rendah. Mulai tahun 1958, bahasa Melayu diperkenalkan sebagai bahasa
pengantar di kelas-kelas menengah aliran Melayu yang selepas itu menjadi
sekolah menengah kebangsaan. Dalam tahun 1983, universiti-universiti tempatan
buat pertama kali menerima pelajar tahun pertama yang berpendidikan
keseluruhannya dalam bahasa pengantar bahasa Melayu.
Akta Pendidikan
Akta
Pendidikan 1961 menegaskan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
sekolah-sekolah. Hal ini dinyatakan dalam perkara Pelaksanaan Bahasa
Kebangsaan, iaitu:
DAN
BAHAWASANYA peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk menentukan agar
dasar dilaksanakan secara berkesan, termasuk khususnya peruntukan bagi
perkembangan yang progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa
Kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama.
Sebelum itu
Penyata Razak (1956 ) dan Penyata Rahman talib ( 1960 ) telah menyatakan bahawa
bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan
Negara. Penyata Razak telah menyatakan hasrat untuk “…menubuhkan suatu
peraturan pelajaran kebangsaan..”, dan tujuannya ialah :
“..menyatukan
budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu
peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar ( utama ), walaupun perkara ini
tidak dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan diperbuat dengan
beransur.” ( Penyata Razak 1956 : Perenggan 12 ).
Penyata
Rahman Talib menegaskan kembali syor menjadikan bahasa Melayu sebagai mata
pelajaran wajib dalam kurikulum semua sekolah. Ini dapat dirumuskan dari :
“bahawa
Bahasa Kebangsaan ini hendaklah diajar mulai Darjah 1 dalam semua sekolah
rendah Cina, Tamil dan Inggeris ( sama ada sekolah bantuan, bantuan separuh tau
sekolah-sekolah yang bersendiri.” ( Penyata Rahman Talib 1960: Perenggan 71 (c)
).
Seterusnya
jawatankuasa itu mengesyorkan:
“ Pelajaran
rendah dalam Bahasa Kebangsaan akan dimajukan dengan mengadakan pelajaran
menerusi Bahasa Kebangsaan di sekolah yang dahulunya sekolah rendah kerajaan,
dengan syarat ada guru-guru yang sesuai, dan semua sekolah rendah bantuan akan
diubah menjadi sekolah kebangsaan ataupun sekolah jenis kebangsaan…”(Penyata
Rahman Talib 1976 : Perenggan 371 (c) ).
Kemudian
Akta Pendidikan 1996 diadakan dengan tujuan menggantikan Akta Pelajaran 1961.
antara alasannya ialah bahawa kerajaan ingin menjadikan Malaysia sebagai pusat
pendidikan utama di rantau ini, dan bahasa Inggeris perlu diwajibkan di semua
peringkat persekolahan ( bahasa Melayu walaupun dikatakan sebagai bahasa
pengantar ternyata dikecualikan dalam keadaan tertentu). Kedudukan Bahasa
kebangsaan dalam Akta Pendidikan 1996 dijelasakan pada perkara 17 (1 ) iaitu :
“Bahasa
Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi
pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan
yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain
yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini.
(2) Jika
bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada
bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran
wajib di institusi pendidikan iti.” (Akta Pendidikan 1996 : Perenggan 17).
Kedudukan agama terbagi kepada:
1. Kedudukan agama dalam kebenaran
2. Kedudukan agama dalam perilaku manusia
A. Kedudukan agama dalam kebenaran
Kedudukan agama dalam kebenaran, dalam hal ini di terdaat 4 pandangan yang mengartikannya.
1. Menurut pengetahuan
kedudukan agama pada hal ini menurutnya adalah kebenaran yang bisa diterima oleh akal manusia. Dimana akal manusia masih bisa menganggapnya sesuatu yang betul dengan pikiran dan mereka membvenarkannya dengan ucapan ataupun perilaku.
2. Menurut ilmu
kedudukan agama menurutnya adalah kabenaran yang didapat dengan cara proses ilmiah/ langkah-langkah ilmiah. Dimana didalamnya terdapat masalah yang harus diselesaikan. Adapun langkah-langkah tersebut: masalah, observasi/penelitian, hipotesis, eksperimen/evaluasi, kesimpulan, langkah-langkah inilah yang menghasilkan teori apabila teori ini benar maka ilmu telah membenarkannya.
3.Menurut falsafat
kedudukan menurut falsafat adalah kebenaran yang berdasarkan logika dan diperkuat oleh dalil naqli ataupun aqli
4. Menurut Agama
kedudukan agama menurut agama adalah kebenaran yang mutlak yang berdasarkan langsung dari wahyu allah
B. Kedudukan agama menurut perilaku manusia
Kedudukan agama dalam perilaku manusia bertempat pada hati dan akal, dimana hati sebagai tempat penguat sifat seseorang akan kebenaran, sedangkan akal adalah tempat untuk barfikir apakah yang diterima benar atau salah. Hati manusia begitu mudahnya goyah dikarenakan sifat manusia yang berubah ubah. Maka hati haruslah besrta agama, dan akal haruslah beserta pengetahuan. Ada pepatah bilang “agama tanpa ilmu baikan orang yang buta, dan ilmu tanpa agama bagaikan orang yang lumpuh”. Maka dengan kata lain manusia harus bisa menjaga hati dan akal pikirannya, untuk bisa menerima apa yang ada di alam semesta isi.
HAK
ISTIMEWA ORANG MELAYU
Setiap orang di Tanah
Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang
berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah
Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru,
malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1948,
dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang
tidak bersekutu sebelum perang lagi.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak
istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila.
Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau
dicabuli. Tapi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar
dan Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada
Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu.
Isi kandungan Hak-hak
istimewa orang Melayu
Merujuk kepada perjanjian lama,
hak-hak orang Melayu adalah seperti berikut:
- Tanah untuk
Orang Melayu
- Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan
kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah
kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas
untuk Melayu tanpa sebarang syarat.
- Jawatan
dalam Kerajaan
- Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk
orang Melayu dan orang bukan Melayu.
- Peruntukan
biasiswa
- Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak
untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan
Melayu.
- Bantuan Ekonomi
- Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang
Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi
membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti-aktiviti
ekonomi lain.
Hak-hak istimewa orang Melayu
adalah di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Segala perubahan baharu
berkenaan dengan hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan
Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah
terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan
Persekutuan.
Bab 3 : PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK
1.
Pengenalan
Perpaduan etnik
adalah satu aspek utamadalam kehidupan manusia kerana keadaan yang harmoni dan
tenang mampu wujud politik yang stabil, ekonomi dan sosial yang baik. Malaysia
telah mampu mengekalkan 3 perkara diatas menyebabkan Malaysia terus membangun
dengan majunya. Malaysia juga berjaya menjadi sebuah negara yang berpendapatan
sederhana dalam tempoh kurang daripada 5 dekad bersamaan 50 tahun. Terdapat pelbagai pandangan terhadap kehidupan manusia.
Persaingan dan salah faham antara etnik sering berlaku dalam masyarakat
berlatar belakangkan kehidupan masyarkat majmuk. Oleh itu, perpaduan antara
cabaran dalam pembangunan negara bangsa.
2.
Komposisi Etnik di Malaysia
Terdapat 3 utama
etnik Malaysia iaitu :
Melayu : merupakan penduduk asal dan merupakan kelompok yang besar
di Malaysia.
Cina : berasal daripada negara Cina
India : berasal daripada negara India
3.1.1 Etnik Melayu
-Berasal
daripada berbagai-bagai keturunan iaitu :
ü Melayu Proto : sekumpulan masyarakat yang berhijrah dari Yunan,
Taiwan dan tempat yang
jauh seumpama itu.
ü Melayu Deutero : atau nama lainnya Melayu Lama merujuk keturunan
Melayu yang mendiami kawasan Lembah Mekong dan Vietnam pada masa lampau, iaitu
Melayu Funan dan Champa. Mereka kurang berhijrah , mempunyai bahasa seragam dan
majoritinya duduk di kawasan kampong dan dusun. Kelebihan mereka dalam bidang
pertanian serta pembuatan besi dan logam.
ü Melayu Moden : masyarakat yang bercampur dan berkahwin antara Melayu
Proto dengan Melayu Duetero dan kumpulan yang datang dari Timur Tengah, India,
Cina dan Eropah. Mereka juga terdeda kepada kemajuan teknologi, mempelajari
pelbagai ilmu.
3.1.4
EtnikMinoriti
Ø Orang asli yang pertama dipercayai menetap di Semenanjung Tanah
Melayu pada 1000 tahun masihi.
Ø Sejarah telah membuktikan negara ini merupakan sebuah kediaman yang
terawal di Nusantara.
Ø Kesan-kesan peninggalan di Lenggong Perak dan Gua Niah, Sarawak.
Ø Penduduk awal di negara ini ialah Orang Asli, Orang Punan Sarawak,
Orang Rungus di Sabah
Ø Entik Serani ialah masyarakat Portugis dan Belanda yang berkahwin
dengan orang Melayu pada zaman kesultanan.
Ø Etnik Sarawak terbahagi kepada dua kumpulan dan Orang Melayu
merupakan penduduk persisiran yang mula menetap di Sarawak
Ø Kaum peribumi Sarawak yang mendiami kawasan persisiran iatu kaum
Melanau
Ø Orang Melayu beragama Islam mengamalkan cara hidup Melayu Islam
serta amalkan bahasa Melayu
Ø Kaum Iban, Bidayuh, Bisayah, Murut, Penan, Kayan, Kenyah, Punan,
Kedayan dan Kelabit
Ø Kebanyakan Etnik lain di Sarawak tinggal di pendalaman serta
menjalankan pertanian pindah
Ø Etnik peribumi Sabah ialah Kadaza, Bajau, Dusun, Murut, Loh Dayuh,
Bisayah, Kadayun, Orang Sungai, Suang Lotud, Melayu/Brunei, Suluk dan
sebagainya.
Ø Kegiatan ekonomi mereka bergantung kepada bentuk muka bumi dan
kawasan penempatan yang mereka diami.
Ø Etnik Murut, kegiatan ekonomi mereka ialah menanam pada bukit padi
huma, memburu binatang dan memungut hasil hutan
Ø Kemasukan buruh asing telah mempengaruhi komposisi penduduk Sabah
Ø Etnik Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum yang wujud hingga
hari ini
ETNIK CINA
Etnik Cina
merupakan etnik kedua paling besar diantara etnik melayu atau bumiputera dan
india.Pada abad ke-19 usahawan dari Cina telah berhijrah ke Semenanjung Tanah
Melayu kerana mereka ingin bekerja sebagai pelombong. Etnik cina ini sangat patuh
terhadap pembesar-pembesar negara mereke. Tetapi semuanya mula berubah kerana
etnik Cina diberi konsesi mengusahakan sendiri lombong bijih timah yang
terdapat di tanah melayu. Kesan dari perkara tersebut kawasan perlombongan
telah menjadi kucar kacir dan perang saudara dan pergaduhan juga sering kali
terjadi. Oleh hal itu, British lai menggalakkan etnik Cina masuk ke dalam Tanah
melayu. Pada masa itu di England permintaan bijih timah sangat menggalakkan dan
secara automatik imigran Cina akan masuk di Johor dan bekerja dalam industry
perlombongan.
Punca etnik
Cina berhijeah ke Negeri-Negeri Melayu adalah untuk mencari rezeki. Negara
mereka juga dilanda malapetaka bencana alam pada masa itu. Punca kedua
disebabkan oleh pelawaan saudara-saudara mereka yang terdapat di Tanah Melayu.
Etnik Cina ini terdiri daripada etnik Kwantung seperti orang Kantun, Teochew,
Hakka dan Hailam. Orang Hakka kelebihannya lebih kepada perlombongan, orang
Hailam suka kepada kopi dan juga orang gaji kepada pembesar Eropah.
ETNIK INDIA
Etnik ini
merupakan etnik ketiga paling besar di Malaysia. Etnik ini dikenali sebagai
buruh tawanan yang berasal dari Bengkulu, Indonesia dan juga buruh ladang.
Mereka bkerja sebagai membina bangunan, jalan raya, juga jambatan tetapi lebih
ramai bekerja di ladang tebu, kopi juga teh. Orang Ceylon (Sri Lanka) dibawa masuk oeh British dan berkhidmat
sebagai kerani, pembantu hospital dan kakitangan perkhidmatan kereta api kerana
jawatan tersebut mahu orang yang berpendidikan Inggeris. Malayalee merupakan
golongan berpendidikan dan ladang-ladang atau asset-aset milik Inggeris dikawal
oleh Malayalee. Suku Malayalee ini berasal dari Wilayah Malabar dan beragama
Islam dikenali sebagai Malabari. Masyarakat Punjabi juga dating ke Semenanjung
sebagai anggota polis dan memberi khidmat pengangkutan seperti kereta lembu.
90% etnik ini berasal dari Selat India iaitu dari Wilayah Tamil Nadu, Andhra
Pradis juga Malabar. 80% juga menganut agama Hindu.
3.1.5
Sejarah dan Latar Belakang Masyarakat Majmuk di Malaysia.
·
Masyarakat
yang terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa,
kebudayaan dan lain-lain.
·
Penduduk
Tanah Melayu yang mempunyai hubungan rapat dengan penduduk asal negara ini,
iaitu Orang Asli atau dikenali sebagai Orang Melayu Proto.
·
Etnik
Cina dan India cuba untuk mengubah dan mempengaruhi sistem social masyarakat
tanah melayu.
·
Pada
awal tahun Masihi, pembentukan masyarakat yang berbilang kaum telah dapat
dikesan di Tanah Melayu.
·
Tanah
Melayu adalah tempat yang strategik iaitu di tengah-tengah laluan perdagangan
antara Timur dan Barat dan menjadi tempat persinggahan para perdagang dari
China, India, Eropah dan Arab.
·
Punca
Tanah Melayu menjalankan hubungan keselamatan antara Maharaja Cina dengan
kerajaan Melayu Melaka adalah kerana kehadiran orang Cina.
·
Sejak
abad ke-4 orang India telah mula bertapak di Tanah Melayu.
·
Kerajaan-kerajaan
Melayu Tua seperti Kerajaan Kedah, Kerajaan Langkasuka, dan Kerajaan Gangga
Negara telah membuktikan sejarah kerajaan yang menerima pengaruh Hindu Buddha
yang dibawa oleh pedagang- pedagang India.
·
Pada
abad ke-15, keagungan Kerajaan Melayu Melaka telah membawa ramai pedagang asing
seperti Cina, India, Arab, Eropah dan wilayah-wilayah Kepulauan Melayu
berhijrah ke Melaka.
3.2
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
·
Malaysia
telah menghadapi pelbagai masalah dalaman seperti masalah perpaduan dan
integrasi antara kaum selepas kemerdekaan.
·
Disebabkan
etnik tidak saling memahami antara satu sama lain maka telah berlakunya
pemisahan tempat tinggal.
·
Pendapatan
yang tidak stabil dan masalah perkauman telah mewujudkan perbezaan pekerjaan.
·
Dari
segi pendidikan, punca masalah mula timbul dari idea yang diberikan berbeza
mengikut ideologi etnik masing-masing.
·
Dari
segi ekonomi pula, masalah persefahaman antara kaum kerana pendapatan rendah,
kesempitan hidup dan ketidakstabilan pendapatan menjadi pecah belah hanya untuk
mengaut keuntungan.
·
Setiap
etnik mempunyai kepercayaan atau agama, bahasa, adat dan keturunan yang berbeza
telah menyebabkan tiada pemahaman untuk hal tersebut.
·
Sistem
pemerintahan penjajah berpunca dari masalah perpaduan kerana penjajah
terdahaulu telah mengamalkan dasar pecah dan perintah yang juga tidak memahami
budaya, agama dan bahasa etnik yang lain.
Langkah yang telah diambil untuk
mengatasi masalah ini adalah:-
1.
Penyeragaman
sistem pendidikan
·
Bermula
di sekolah, perpaduan kaum telah diseragamkan melalui pendidikan dan kurikulum
serta Penetapan Dasar dan Sistem Pendidikan yang lengkap untuk setiap
warganegara Malaysia.
2.
Integrasi
Ekonomi
·
Jurang
kemiskinan dapat dikurangkan dan stabil dibandar dan di luar bandar
telah dilancarkan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB).
3. Penyatuan
fahaman politik.
·
Dalam satu politik mampu mewujudkan semangat satu
negara dan persefahaman serta mengekalkan perpaduan.
4. Langkah
untuk mengekalkan perpaduan yang
berbilang kaum serta sifat yang bersepadu dan berdaya
tahan.
5. Dasar
Ekonomi Baru, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Rukun Negara dibentuk bagi menyatukan
masyarakat serta menjadikan Dasar dan Rukun Negarasatu ideologi nasional bagi mencapai perpaduan.
6. Rakyat
Malaysiawajib untuk menjadikanRukun Negara sebagai landasan hidup yang
mempunyai matlamat bagi menyemai unsur keamanan, kesetiaan kepada
raja dan pemerintah,Perlembagaan, undang-undangdan
saling menghormatisistem kebudayaan masing-masing.
3.2.1 Faktor yang mempengaruhi hubungan etnik dalam
Aspek perpaduan dan
integrasi nasional di
Malaysia.
a. Perkongsian kuasa
politik di Malaysia
Ø Penyatuan parti
berbilang kaum dalam satu pertubuhan yang lebih besar dinamakan sebagai Parti
perikatan (era 1950).
b. Kerajaan
demokrasi
Ø Pengalaman
demokrasi berparlimen 1975 memudahkan rakyat menyatakan bantahan dan meluahkan
rasa ketidakpuasan etnik melalui wakil daripada etnik-etnik berbeza.
c. Pertumbuhan
ekonomi yang baik
Ø Kerajaan dapat mengatasi
masalah-masalh ekonomi dan mengendalikan program-program yang berkesan
termasuklah dalam bidang pertanian dan perdagangan.
d. Tolak ansur
budaya
Ø Budaya melayu
yang diamalkan akan menjadi teras dalam kebudayaan kebangsaan, manakal budaya
lain boleh diamalkan oleh etnik masing-masing.
3.2.2 Tahap Integrasi
a)
Segresasi
v Proses yang
menyebabkan individu atau kumpulan sosial dipisahkan atau diasingkan dengan
individu atau kumpulan sosial yang lain.
v Segresasi juga
meliputi pengasingan atau pemisahan yang meletakkan had-had dan sekatan-sekatan
tertentu ke atas hubungan , sosial, kontrak dan komunikasi.
b)
Akomodasi
v Merupakan satu
proses yang memerlukan kerjasama dua atau lebih pihak yang mempunyai matlamat
berbeza untuk membentuk satu matlamat yang boleh memuaskan hati kedua-dua
pihak.
v Menyebabkan
setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan
etnik lain yang wujud dalam sesebuah masyarakat.
v Setiap kumpulan
etnik masih bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni dan saling
menghormati.
c)
Akulturasi
v Proses penerimaan
dan pinjam meminjam unsur atau perlakuan budaya antara kelompok etnik yang
berbeza.
v Proses akulturasi
bermula dengan sosialisasi primer, manusia belajar dan mengadaptasikan budaya
yang paling dekat dengan mereka.
v Dari segi ini
semua kelompok etnik mempunyai persamaan. Namun cara masing-masing atau
merayakan hari kebesaran agama masing-masing ternyata berbeza.
d)
Asimilasi
v Merupakan satu
proses percantuman.
v Berlaku apabila
kumpulan minority atau kumpulan etnik yang baharu mengamalkan budaya atau
identity kumpulan majority untuk mengurangkan batas etniknya.
v Asimilasi
terbahagi kepada dua iaitu
·
Asimilasi struktur iailah apabila kelompok minoriti
menyertai institusi utama. Contoh, penyertaan dalam institusi politik, sosial
dan pendidikan.
·
Asimilasi budaya ialah penyerapan unsur-unsur
kebudayaan daripada satu budaya kepada budaya yang lain.
e)
Amalgamasi
v Proses yang
terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras
baharu. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadi
perkhawinan campur antara kumpulan etnik.
v Merupakan istilah
yang dikategorikan dalam asimilasi biologi iaitu satu tahap asimilasi yang
paling tinggi.
3.3.1 PERISTIWA 13 MEI 1969
Pengenalan
:
Peristiwa
13 Mei pada tahun 1969 adalah rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak
masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa
serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya Umum
1969” merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Ia merupakan
peristiwa pergaduhan Antara 2 kaum utama negara iaitu kaum Melayu sebagai kaum
yang telah bertuan di Tanah Melayu sejak berkurun lamanya dan kaum Cina, kaum
yang telah berhijrah ke Tanah Melayu sejak zaman British atas faktor buruh dan
faktor perdagangan.
Faktor-faktor
:
1. Layanan berat sebelah oleh
tentera Jepun.
i.
Masyarakat Tanah Melayu dilayan secara berbeza-beza.
ii.
Orang-orang Cina dilayan lebih teruk berbanding kaum Melayu
kerana Jepun pernah berperang dengan Cina sebelum ini.
iii.
Layanan berat sebelah ini telah menyebabkan permusuhan antara
kaum Melayu & Cina.
2. Bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi.
i.
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan
faktor kepada peristiwa 13 Mei 1969.
ii.
Berikutan pengisytiharan Peristiwa 13 Mei 1657, sebuah
perlembagaan persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan
jelas tentang kedudukan bahasa Melayu & bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi
negara.
iii.
Selepas 1 dekad merdeka kerajaan akan mengkaji semulatentan
kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk menggugurkannya daripada
statusnya bahasa rasmi & hanya bahasa Melayu sahaja diiktiraf sebagai
bahasa rasmi.
iv.
Untuk mencapai tujuan itu pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah
mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa
Melayu.
3. Dasar Pecah & Perintah
Penjajah Inggeris
i.
Dasar pecah dan perintah telah menjadi salah satu faktor
wujudnya jurang antara kaum dari sudut ekonomi & polarisasi kaum.
ii.
Orang Cina tinggal di bandar & menjalankan perniagaan
& pelombong di kawasan-kawasan lombong.
iii.
Orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani &
nelayan kecil.
iv.
Orang India tinggal di estet sebagai buruh kerajaan &
pekerja di lading.
v.
Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan
antara pelbagai kaum.
vi.
Kesannya ialah interaksi antara kaum hanya terbatas di
pejabat & pasar sahaja. Selain itu, suasana sosio ekonomi tidak seimbang
dan semakin melebar.
4. Latar Belakang pendidikan
berbeza.
i.
Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan
sebagai punca yang membawa kepada meletusnya Peristiwa 13 Mei.
ii.
Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah
Melayu sebelum Merdeka terbahagi kepada 4:
-Sekolah
Melayu = Menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan
peringkat rendah sahaja.
-Sekolah Cina
& India = Mereka berkiblatkan negeri asal, malah buku teks dan guru-guru
juga mereka bawa dari negeri asal mereka.
Sekolah
Inggeris = hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina & India yang tinggal
di bandar sahaja.
Usaha
yang dilakukan untuk membentuk perpaduan
·
Mengisytiharkan darurat.
·
Membentuk majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
·
Menubuhkan Majlis Perundangan Negara
·
Pembentukan Majlis Muhibah
·
Penyusunan Semula Politik
Angka
Korban
Angka rasmi menunjukkan 196 orang mati, 439 cedera, 39 hilang
dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi,ramai telah menggangar ramai lagi
dibunuh. Sebuah thesis PhD daripada Universiti California Berkeley menggangar
seramai 2000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.
Secara
kesimpulannya Malaysia mempunyai masyarakat pelbagai kaum & berbilang
bangsa. Oleh itu, sebagai masyarakat yang bersatu padu kita haruslah saling
menghormati sesame kaum. Sikap saling menghormati amat penting kerana ia dapat
melahirkan masyarakat yang majmuk dan saling bantu-membantu sekaligusdapat
bersatu padu membangunkan negara. Penduduk Malaysia seharusnya mengambil
iktibar daripada Peristiwa ini yang banyak memberi kesan hitam kepada semua
kaum di Malaysia. Bagi mereliasasikan integrasi nasional & pembentukan
negara bangsan kerajaan telah merangka dasar-dasar yang mampu menangani masalah setiap kaum seperti
Rukun Negara supaya prinsipnya dapat dihayati oleh segenap rakyat tanpa mengira
latar belakang masyarakat.
BAB 4 : PEMBANGUNAN NEGARA
4.0 Pengenalan
v Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan dimensi. Pembangunan
merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur
kepada maju.
v Perubahan yang dimaksudkan merangkum aspek fizikal, kebendaan,
sosial, psikologi, pendidikan dalam kehidupan manusia.
v Secara keseluruhannya diusahakan demi membangunkan sebuah negara
yang maju.
Rancangan dan Visi (Rancangan Malaysia)
v Merupakan rancangan yang digubal setiap 5 tahun. Rancangan ini
direka selepas Perang Dunia Kedua ianya dikenali sebagai Rancangan Malaya Kedua
dan Rancangan Malaya Kedua. Namun setelah Malaysia ditubuhkan lainnya
ditukarkan kepada Rancangan Malaysia ke 1
sehinggalah 11 setiap rancangan ini digubal selepas 5 tahun.
J4.1 RANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN
Latar Belakang Pembangunan Negara
Secara umumnya, sejarah perancangan pembangunan ekonomi negara boleh dibahagikan kepada tiga fasa utama iaitu :
Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan dimensi. Biasanya, pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju. Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi,politik,sosial,pendidikan,psikologi dan sebagainya. Selain itu,perubahan ini juga merujuk kepada aspek-aspek fizikal, aspek kebendaan. Secara keseluruhannya, pembangunan ekonomi negara yang seimbang menjadi matlamat utama dalam pengubahan dasar pembangunan ekonomi negara sejak kemerdekaan sehingga kini.
Selepas kemerdekaan, pihak kerajaan mula melaksanakan beberapa rancangan pembangunan negara untuk mengatasi segala masalah sosioekonomi dan politik yang dihadapi oleh masyarakat tanah Melayu kesan daripada peninggalan dasar-dasar yang diamalkan oleh penjajah Brirish sebelum ini Pembangunan negara dasar yang diamalkan oleh penjajah British sebelum ini. Pembangunan negara dirancang melalui dua rancangan utama iaitu, Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rangka Rancangan jangka Panjang (RRJP). Sejak merdeka, Sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Pangjang telah dilaksanakan dengan jayanya.
Rancangan- rancangan ini dibuat sesuai dengan keadaan sosioekonomi dan politik semasa dan dasr-dasar pembangunan negara. Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRPJ1), 1971-1990 misalnya telah menjadi asas kepada pelaksanaan DEB. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRPJ2), 19912000 telah menjadi asas kepada pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional yang bertujuan mencapai pembangunan seimbang. Tahun 2001 pula menyaksikan pembentangan Rangka Rancangan Ketiga (2001-2010) yang telah digubal berdasarkan Dasar Wawasan Negara.
faktor yang menjadi asas kepada penggubalan dasar dan strategi pembangunan negara ialah kedudukan ekonomi yang terbuka, sistem ekonomi campuran, masyarakat yang berbilang kaum dan kerajaan persekutuan.
RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRJP) DAN RANCANGAN MALAYSIA (RM)
PERINGKAT 1
Rancangan ini telah dilaksanakan hasil daripada perakuan oleh perwakilan Bank Dunia terhadap kerajaan Tanah Melayu RM-
1 dilaksanakan dengan matlamat utamanya untuk memajukan sepenuhnya sektor luar bandar. Untuk perancangan ini, kerajaan memperuntukan RM478.2 juta, iaitu 44.5% daripada keseluruhan peruntukan Rancangan Malaya Pertama. Matlamat ini bertujuan menambahkan pendapatan peduduk lur Bandar sekali gus merealisasikan matlamat mengurangkan kadar kemiskinan.
Mempelbagai sumber negara supaya negara tidak terlalu bergantung pada sektor ekonomi tersebut sahaja, terutama biji timah dan getah. Hasil penyelidikan yang dijalankan, dua buah agensi kerajaan telah ditubuhkan, iaitu Rural Industrial Development Authority (RIDA) pada tahun 1953 dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang bertujuan memajukan sektor ekonomi luar bandar. SEcara keseluruhan, RIDA yang bertujuan dalam membangunkan bidang sosial, ekonomi dan insfratruktur luar bandar. Pada tahun 1966, RIDA telah ditukar kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang kini bermatlamat menggalakkan penyertaan kaum melayu dalam sektor perdagangan dan perindustrian, membantu para usahawan Melayu yang baharu memulakan perniagaan dengan memberikan pinjaaman mahupun bantuan teknikal, menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil di luar bandar dan mengadakan program-program latihan dan kemahiran atas tujuan meningkatkan produktiviti sumber manusia terutama penduduk luar.
FELDA pula ditubuhkan untuk membuka tanah-tanah baharu untuk mempergiat sektor perladangan getah dan kelapa sawit sekali gus menambahkan hasil ekonomi negara, penempatan semula penduduk-penduduk luar bandar yang miskin dan berdaya ekonomi lemah dan meningkatkan taraf hidup masyarakat diluar bandar. Pengurusan MARA dan FELDA ini diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar yang ditubuhkan pada tahun 1959 yang berperanan menyelaraskan pembangunan luar bandar. Kementerian ini dipimpin oleh Dato’Abdul Razak hussein. Keseluruhannya,peruntukan untuk RM-1 ini ialah sejumlah RM1100 juta. Namun dari segi pencapaiannya, pelaburan sektor awam hanyalah sejumlah RM498 juta, iaitu lebih kurang 15% daripada jumlah pelaburan sektor awam yang dirancangkan. Fenomena ini berlaku akibat jatuhnya harga biji timah dan getah di pasaran dunia.
Rancangan Malaya Kedua (RMK-2) 1961-1965
Walaupun matlamat Rancangan Malaya Kedua adalah hampir sama dengan Rancangan Malaya Pertama, perancangannya adalah lebih menyeluruh.Rancangan bagi program ini telah disediakan oleh sebuah Jawatankuasa Kerja Antara Jabatan dengan bantuan sebuah uru setia ekonomi yang juga dibantu oleh pakar perunding dari Bank Dunia. Matlamat RM-2 adalah untuk memperbaik kemudahan asas dan infrastruktur di kawasan luar bandar, menggiatkan lagi projek-projek pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah program FELDA, menggiatkan lagi projek-projek pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah program FELDA,menggiatkan sektor pertanian dengan mempelbagaikan jenis tanaman supaya hasil negara bertambah dan mengurangkan import makanan dari luar nrgara. Fenomena ini juga membolehkan pengurangan pergantungan kepada sektor-sektor pertanian tertentu sahaja dan penubuhan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada tahun 1966 bertujuan membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian mereka dan mengurangkan pergantungan kepada orang tengah.
Keseluruhannya, Rancangan Malaya Kedua ini lebih tersusun berbanding dengan Rancangan Malaya pertama kerana melibatkan penyertaan rakyat dalam rancangan-rancangan pembangunan dan rancangannya digubal berdasarkan permintaan rakyat. Peruntukan pembangunan juga telah ditambah sebanyak RM2150 juta,iaitu hampir dua kali ganda daripada peruntukan Rancangan Malaya Pertama. Bagi memastikan kejayaan perancangan ini, bilik-bilik gerakan dibuka di seluruh negara, terutama di setiap pejabat daerah. Hasilnya dari segi pencapaian, Rancangan Malaysia Kedua menunjukkan purata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh 1961-1965 sebanyak 6.4% setahun. Seperti yang dirancang, sektor awam telah membelanjakan RM2650 juta sementara sektor swasta membelanjakan RM2900 juta untuk program-program pembangunan.
Rancangan Malaysia Pertama ( RMK-1 ) 1966-1970
RMK-1 merupakan rancangan lima tahun yang pertama setelah kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Perseketuan Malaysia. RMK-1 memberi tumpuan kepada aspek integrasi dalam kalangan penduduk Malaysia supaya sebarang penggubalan dasar perancangan baharu, terutama berhubung program sumber manusia dan penelitian yang lebih mendalam terhadap program-program di setiap sektor ekonomi.
Peruntukan RMK-1 berjumlah RM10500 juta iaitu melibatkan RM4550 juta daripada sektor awam dan RM5950 juta daripada sektor swasta. Beberapa buah agensi turut dilahirkan di bawah RMK-1 bagi menjayakan rancangan seperti Majliss Amanah Rakyat, Bank Bumiputera pada tahun 1966, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia / Malaysia Industrial Development Authority (MIDA) pada tahun 1967,Lembaga Penasihat Tarif dan Pebadanan Nasional Berhad (PERNAS) pada tahun 1969.
Tujuan penubuhan MIDA dan Lembaga Penasihat Tarif adalah untuk membantu pembangunan perindustrian negara seperti yang tercatat dalam Akta Galakan Pelaburan 1968. Penubuhan MARA, Bank Bumiputera, dan PERNAS pula bertujuan menggalakkan penyertaan kaum Bumiputera dalam bidang perusahaan dan perniagaan.
Setelah lima tahun, kajian menenjukkan program-program yang dirancang melalui RMK-1 berjaya meningkatkan pertubuhan ekonomi negara. Namun setelah berlaku tragedi 13 Mei 1969, kerajaan menyedari bahawa waktu itu pembangunan negara yang sedia ada sukar untuk dikekalkan kerana masih ketara ketidakseimbangan sosioekonomi antara kelompok kaun dan kawasan . Justeru , bagi menyambung usaha-usaha RMK-1 ,DEB dilancarkan bersama Rancangan Malaysia Kedua sekali gus bertujuan membaik pulih kepincangan strategi dan pendekatan yang digunakan sbelum ini.
Peringkat
Rancangan Malaya Kedua (RMK-2) 1971-1975
Setelah negara pengajaran akibat daripada rusuhan kaum 13 Mei 1969, RMK-2 dilancarkan dengan tujuan yang jelas, iaitu untuk mengatasi dan membaik pulih keadaan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kawasan dan kelompok kaum negara ini. Bagi memastikan rancangan ini berjaya , sejumlah RM7250 juta telah diperuntukan . RMK-2 berteraskan program pembangunan jangka panjang , iaitu dasar Dasar Ekonomi Baru (DEB) . Matlamat utama DEB ini juga dikenali sebagai serampang dua mata iaitu mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa kaum, menyusun semula masyarakat Malaysia dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Oleh itu , adalah jenis kedua-dua matlamat ini bermotifkan membaiki kepincangan supaya keadaan ekonomi dapat diperbaiki dan diseimbangkan serta dapat mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Beberapa program telah dirancang dan langkah-langkah tertentu diambil untuk menjayakan RMK-2 seperti menentukan pemilikan modal dalam sektor korporat moden oleh kaum Bumiputera , iaitu 9% bgagi tahun 1972 ,16% bagi tahun 1980, 23% bagi tahun 1985 dan 30% bagi tahun 1990, menggalakkan penyertaan yang lebih giat dan secara langsung oleh sektor awam dalam aktiviti-aktiviti ekonomi,terutama yang berkaitan dengan perdagangan dan perusahaan dan menubuhkan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) pada tahun 1974 RMK-2 menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan . Misalnya ,KDNKK meningkatkan pada kadar 7.4% setahun. Angka ini mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan . Misalnya KDNKK meningkat pada kadar 7.4% setahun. Angka ini mencatatkan peningkatan yang lebih tinggi daripada yang dirancangkan , iaitu hanya 6.8% setahun . Pertumbuhan KDNKK berlaku kerana pertumbuhan beberapa faktor utama seperti pertanian (25%), pembuatan (19.3%),perdagangan (14.4%) dan lain-lain (10.15
Dasar Ekonomi Baru
Dasar ini telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) . Pembentukan DEB adalah matlamat membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum. Rancangan untuk mencapai matlamat DEB terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) dari tahun 1971-1990 . Rancangan pembangunan di bawah DEB , dijalankan menerusi strategi serampang duamata iaitu mengurangkan kemiskinan dengan cara menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi.
Asas yang menjadi dasar penggubalan DEB adalah disebabkan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang antara kaum, terutama sekali orang Melayu yang masih ketinggalan dalam bidang ekonomi kerana faktor kemiskinan. Amnya, masalah kemiskinan bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang Melayu, tetapi juga merangkumi semua kaum di Malaysia . Dalam hal ini , orang Melayu lebih ramai menghadapi masalah kemiskinan dan masih kurang mampu untuk bersaing dengan kaum lain.
Bagi memastikan matlamat untuk membasmi kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan kepada menghapuskan kemiskinan di luar bandar dan kawasan bandar. Menurut banci penduduk pada tahun 1970, terdapat kira-kira 49.3% penduduk berpendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu RM200.00 dan kira-kira 86% daripada jumlah tersebut ialah penduduk luar bandar. Dalam hal ini, pihak kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai kemudahan perkhidmatan awam seperti kemudahan pendidikan , kesihatan, bekalan air, dan elektrik . Selain itu ,pihak kerajaan juga telah menyediakan bantuan biasiswa pelajaran , bantuan subsidi baja dan buku teks percuma, makanan tambahan kepada anak-anak. Usaha pihak kerajaan untuk meningkatan taraf hidup penduduk ini telah dapat dalam masa lebih kurang 20 tahun di mana tahap kemiskinan penduduk telah dapat dikurangkan , iaitu daripada 49.3% pada tahun 1970 kepada17.1% pada tahun 1990 .
Untuk mencapai matlamat kedua DEB , iaitu menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan , pertanian ,perlombongan , pengangkutan dan pertanian. Strategi yang dijalankan adalah meningkatkan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar, mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur gunatanah supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum, menambah bahagian kaum bumiputera dalam sektor peroduktif di mana kaum bumiputera agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum lain dan memastikan pembentukan masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan orang Melayu serta kaum bumiputera agar mereka dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis kegiatan ekonomi menjelang 1990.
Secara keseluruhannya, DEB telah berjaya meningkatkan taraf kehidupan kaum bumiputera dan mencapai matlamat membasmi kemiskinan, tetapi penyusunan semula guna tenaga perlu diperhebatkan lagi memandagkan orang Melayu masih kurang melibatkan diri dalam bidang perdagangan dan perniagaan.
Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3) 1976-1980
Semasa pelancaran RMK-3,DEB masih dalam pelaksanaan. Justeru, RMK-3 boleh dikatakan sebagai peringkat kedua dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Dalam rancanagn ini , beberapa program turut dirangka dan dilancarkan. Perancangan pembangunan wilayah telah diperkenalkan dimana rancangan ini dipercayai dapat merapatkan jurang perbezaan ekonomi menerusi rancangan pembangunan Bandar baharu. Rancangan ini digiatkan melalui badan-badan tertentu seperti KEJORA,DARA,KETENGAH dan KESEDAR.
Sebanyak 28 buah Bandar dibina dibawah rancangan KEJORA,KETENGAH, dan DARA menjelang hujung tahun 1980 . Badan-badan berkanun seperti MARA,FELDA,PERNAS,UDA dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan . Disamping itu , kerajaan juga turut memberi penekanan kepada isi-isu alam sekitar dan keselamatan negara.
Secara keseluruhan, program-program RMK-3 juga program-program RMK-3 juga membantu dalam perkembangan ekonomi negara walaupun rendah daripada matlamat. Misalnya bagi 10 tahun pertama pelaksanaan DEB (1971-1980), ekonomi negara berkembang pada kadar 7.8%. Kurang 0.2% daripada matlamat.
Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4) 1981-1985
RMK-4 sebenarnya dilancarkan ketika negara sedang mengalami kemelesetan ekonomi, terutama akibat daripada kejatuhan harga bijih timah dan getah di pasaran dunia. Fenomena ini menyebabkan negara mengalami berbagai-bagai masalah ekonomi seperti kemerosotan dalam imbangan bayaran, kejatuhan harga dan penurunan pendapatan eksport komoditi, kelembapan sektor swasta dan peningkatan kadar pengangguran . Namun, langkah-langkah pembangunan ekonomi tetap diteruskan. Peruntukan yang disediakan untuk RMK-4 ialah RM40000 juta. Daripada jumlah ini, 57.9% diperuntukan bagi keselamatan dan 2% bagi pentadbiran awam. Daripada pembahagian ini, penekanan masih diberikan kepada sektor pertanian dan luar bandar dengan peruntukan sejumlah 21.3% , sektor perdagangan dan perindustrian pula sejumlah 8.3% , pelajaran dan latihan sejumlah 7.6% serta perkhidmatan sosial sejumlah 7.1%.
RMK-4 juga mengutamakan sektor perusahaan berat yang berasakan pelaburan modal, penggunaan teknologi dan tenaga mahir. Sehubungan dengan itu, Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan bagi menjayakan program pembangunan perindustrian berat ini. Antara projek yang diletakkan di bawah pengawasan HICOM adalah Kilang Simen yang diuruskan oleh Kedah Simen Sendirian Berhad, Kilang Pengeluaran besi berongga dan Keluli oleh Perwaja di Kemaman, Terengganu dan Pembuatan kereta nasional , iaitu kereta Proton Saga oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sndirian Berhad.
Selain itu, usaha juga dilakukan bagi menarik lebih ramai pelabur asing dengan membuka kawasan perindustrian baharu seperti di Senawang ,Skudai,Bintulu,Menggatal dan Likas. Kawasan perdagangan bebas juga dibuka atas motif yang sama seperti di Bayan Lepas,Pulau Pinang. Pada tahun 1983 dua buah program dilancarkan bagi mengkaji struktur perusahaan awam iaiti Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian (PIP)
Selain itu, kerajaan juga berusaha mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian Antara Bumiputera dangan bukan Bumiputera dengan cara menubuhkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan melancarkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) pada tahun 1981.
Kerajaan telah memberikan peruntukan berjumlah RM40000 juta untuk pelaksanaan RMK-4, iaitu dengan kadar 57.9% untuk pembangunan ekonomi,16.2% untuk pembangunan sosial ,23.8% untuk keselamatan dan 2% untuk pentadbiran awam. Dari segi pencapaian keseluruhan,KDNK telah berkembang pada kadar purata 5.8% setahun. Pendapatan per kapita turut meningkatkan sebanyak 4.4% setahun daripada RM3,171 juta pada tahun 1980 kepada RM4,609 juta pada tahun 1985.
Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5)1986-1990
Matlamat Utama RMK-5 adalah untuk mencapai perpaduan negara. Fenomena ini masih perlu mengambil kira keadaan negara waktu itu yang masih dalam era kemelesetan. Beberapa strategi telah dilaksanakan dalam RMK-5.Pertama, kerajaan cuba meningkatkan peranan sektor swasta memalui proses pelonggaran peraturan dan kawalan. Syarat-syarat pelaburan modal asing turut dilonggarkan bagi meningkatkan pelaburan industri, terutama industri yang berorientasikan eksport. Strategi seterusnya ialah menggalakkan sektor pertanian dan industri luar bandar.
Beberapa syarat dilonggarkan seperti syarat-syarat penggunaan tanah, penanaman padi secara ladang , penggunaan tanah lombong untuk pertanian , penanaman tanaman lain yang sesuai di sawah-sawah terbiar dan lain-lain.RMK-5 turut merangka sebuah strategi baru, iaitu penekanan terhadap bidang penyelidikan dan pembangunan R&D. Strategi ini diharap dapat meningkatkan kadar produktiviti, keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan. Usaha pembangunan sumber manusia turut dititik beratkan seperti latihan kemahiran dalam bidang pengurusan , keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan perkapalan.
Secara keseluruhan, jumlah peruntukan bagi RMK-5 ialah RM69000 juta.daripada jumlah ini 89.2% diperuntukan perbelanjaan sosioekonomi,6.5% untuk keselamatan dan pertahanan, manakala 4% untuk pentadbiran awam. Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (1971-1990) yang mencakupi Dasar Ekonomi Baru berakhir pada tahun 1990. Pada tahun 1991, rancangan pembangunan ekonomi baharu diperkenalkan bagi menggantikan dan menyambung program-program pembangunan dalam RRJP1 dan DEB. Rancangan-rancangan tersebut ialah Rangka Rancangan Jangka Panjang 2(RRPJ2) (1991-2020), Wawasan 2020 (1991-2020) , Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000) Dan Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) (1992-1995).
RANCANGAN MALAYSIA KEENAM(RMK-6)1991-1995
Matlamat utama RMK-6 ialah mengekalkan momentum pembangunan pesat ekonomi negara.Strategi RMK-6 ialah meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi di samping menggalakkan sektor swasta untuk terus memainkan peranan dalam perkembangan ekonomi negara.
Memperteguh kedudukan hasil kerajaan persekutuan.iaitu mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif dan menyegerakan pelaksanaan program penswastaan untuk memberbaik kedudukan kewangan sektor awam.
Mengekalkan dasar liberalisasi,pelonggaran peratusan dan undang2 untuk memberbaik iklim pelaburan.Langkah2 juga akan diambil untuk mempermudahkan prosedur dan peraturan pentadbiran pada peringkat persekutuan,negeri,dan kerajaan tampatan untuk menyegerakan pelaksanaan projek2 sektor swasta.
Mengubah struktur industri sedia ada kepada penggunaan teknologi yang lebih canggih dan keluaran yang lebih bermutu untuk memenuhi keperluan pasaran di negara maju.
RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH(RMK-7)1996-2000
Kemajuan ekonomi
Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) sebenar mencatat pertumbuhan purata 4.7% setahun,melepasi sasaran yang dikaji semula sebanyak 3.0%.Langkah pemulihan ekonomi yang diperkenalkan telah meningkatkan pengunaan di samping membendung tekanan inflasi.Kadar pengangguran terus kekal pada paras yang rendah,manakala Indeks Harga Pengguna turun.Pelbagai agensi ditubuhkan bagi menguruskan pinjaman belum berbayar(NPL),permodalan semula bank dan penyusunan semula hutang korporat.
Pada akhir thun 2000,pinjaman belum berbayar telah dikurangkan pada 6.3% dari jumlah pinjaman berbanding dengan paras tertinggi 11.4% pada bulan ogos 1998.Nisbah modal berwajaran risiko sistem perbankan pula meningkat pada 12.4% berbanding dengan paras terendah 10.1%.
Eksport negara telah ditingkatkan sementara import dikurangkan.Akaun semasa yang mengalami defisit semenjak tahun 1990 telah mencapai lebihan mulai tahun1998 dan mencatat lebihan tertinggi sebanyak RM47.9 bilion pada tahun 1999 atau 17.1% dari keluaran Negara Kasar.Semenjak ogos 1998,rizab luar negara telah bertambah sebanyak US9.7 bilion dan berjumlah US29.9 pada akhir tahun 2000,cukup untuk bayar 45 bulan import tertangguh dan 64 kali lebih besar dari hutang luar jangka pendek.
Semua pencapaian ini adalah hasil dari keputusan kerajaan untuk tidak meminjam dari IMF.Sebaliknya kit menghalang penyangak mata wang dari memperdagangkan ringgit dan mengawal modal spekulasi dari menyerang Bursa Saham Kuala Lumpur.
Kemajuan sosioekonomi
Pembasmian Kemiskinan
Program khusus bagi kawasan bandar seperti penempatan semula setinggan dan projek perumahan kos rendah telah memperbaik keadaan hidup golongan miskin di bandar.Bagi golongan termiskin pertumbuhan ekonomi yang pesat sebelum pertengahan tahun 1997 dan perlaksanaan secara giat Program Pembangunan Rakyat termiskin.
Penyusunan semula masyarakat
Melalui DEB terdapat kemajuan dalam penyusunan semula masyarakat,terutama penyusunan semula guna tenaga dan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.Dari segi pemilikan ekuiti korporat,peratusan hak milik korporat bumiputera telah berkurangan dari paras yang dicapai pada tahun 1995.
Peringkat 3
RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG 2(RRJP2)
Matlamat utama RRJP2 ialah penurunan kadar kemiskinan.Selain itu,penurunan kadar pengangguran dan pertumbuhan ekonomi negara.Pada tahun 1991,kerajaan telah melancarkan wawasan 2020,(RRJP2),(RMK-6) dan (DPN)
4.2 : DASAR-DASAR UTAMA MALAYSIA
dasar dasar utama Malaysia
Seterusnya,
pengubalan dan pelaksanaan dasar-dasar adalah ditentukan dengan selaras
nilai-nilai sosioekonomi dan politik negara pada satu-satu masa. Oleh kerana
sifatnya yang dinamik, dasar kerajaan berubah-ubah mengikut nilai masyarakat
dan pucuk pimpinan dari semasa ke semasa. Namun begitu, pada asasnya
dasar-dasar kerajaan digubal dan dilaksanakan bagi memenuhi objektif
sosioekonomi seperti pertumbuhan ekonomi, pengagihan pendapatan, kestabilan dan
kesejahteraan umum. Bagi Malaysia, dasar-dasar kerajaan ini terutamanya
dasar-dasar pembangunan mempunyai objektif tersendiri seperti mencapai matlamat
2020 bagi tujuan menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju dan
mempunyai ciri-ciri sempurna. Bukan itu sahaja, kerajaan juga melaksanakan
dasar-dasar adalah bertujuan mencapai matlamat Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang adil.
Antara dasar
yang dijalankan oleh kerajaan ialah Dasar Ekomoni Baru (DEB), Dasar Pembangunan
Nasional iaitu dasar ini diwujudkan dengan tujuan untuk mengukuhkan ekonomi
negara kita Malaysia. Manakala dasar sosial yang diwujudkan pula ialah Dasar
Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pandang ke Timur. Selain itu, kerajaan juga
telah mengubal dasar-dasar luar negara dengan tujuan menjaga kepentingan
Malaysia dari segi ekonomi dan sosial, dasar tersebut ialah Kawasan Aman, Bebas
dan Berkecuali ( ZOPFAN ) dan juga Dasar Antartika.
Dasar Ekonomi
Baru (DEB)
Dasar Ekonomi
Baru merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada
tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat
tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan
ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk mengurangkan
dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah
peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum serta
mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk
memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dasar ini telah
digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada tahun 1991. Walaupun
begitu, elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara
beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.
Dasar
kebudayaan kebangsaan
Kebudayaan
merupakan keseluruhan cara hidup manusia. •Kebudayaan dalam pengertian yang
luas ialah pakaian batin yang dilahirkan melalui proses penghayatan yang
berkesan dan mendalam.
•Ia
dihasilkan melalui perlakuan manusia dalam pelbagai bentuk perhubungan,
penyataan fikiran, perasaan dan perbuatan, penyataan sikap, nilai-nilai yang
diyakini dan diamalkan dari semasa ke semasa sehingga mewujudkan kesejahteraan
hidup bermasyarakat yang bersatu padu dan kukuh.
•Negara
dianggap sebagai suatu ruang kehidupan.
•Manusia
atau penduduknya ialah bangsa yang mewakili sesebuah negara itu meskipun
mungkin terdiri daripada pelbagai keturunan dan kaum
•Negara
sebagai tempat bagi kita mengembangkan potensi dan membangunkan peradaban
bangsa •Maka, kebudayaan dalam erti kata ini ialah meliputi pembinaan sikap,
nilai dan ciri yang menentukan akal budi, ketinggian ilmu,penerimaan sains dan
teknologi yang sesuai sehingga menumbuhkan rasa persefahaman dan kekitaan
sebagai satu bangsa dalam satu negara
•Bagi
Malaysia, ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara,yakni
keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah
meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik.
•Ini
sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan
masyarakat dalam satu proses yang berterusan.
•Bagi
sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,
proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan
rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan.
•Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan
utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.
Strategi dan pelaksanaan dasar
(i)
Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan
kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama
penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;
(ii)
Meningkat
dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih
peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera
pembangunan yang berkesan;
(iii)
Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah
kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;
(iv)
Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan
(v)
Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
BAB 5: ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA
5.0 PENGENALAN
Pengenalan asas yang
berkaitan dengan dasar Malaysia, ialah hal serantau dan dunia, isu-isu semasa
berkaitan antarabangsa negara, isu pembangunan Alam Sekitar negara serta
pembangunan modal insan dan sistem pendidikan.
TUJUAN NEGARA KITA MENJALIN HUBUNGAN
DENGAN NEGARA LUAR IALAH:
v Menjaga , mempertahankan dan memajukan
kepentingan negara kita di arena antarabangsa.
v Menjaga kemerdekaan, kedaulatan dan
keselamatan negara.
v Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan
dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal
negara.
v Menangani perkembangan, cabaran politik,
ekonomi, keselamatan dan sosial pada peringkat antarabangsa.
v Mempertahankan dan memajukan hak kepentingan
dan aspirasi Malaysia.
v Memupuk dan meningkatkan hubungan baik dengan
negara lain.
5.1.1 PERANAN ASEAN
Peranan negara-negara
Asia Tenggara atau Association of Southeast Asian Nations. Ditubuhkan pada 8
Ogos 1967 di Bangkok. Penubuhan bertujuan mengukuhkan kerjasama serantau ASEAN
akan mengadakan mesyuarat pada November setiap tahun.
ANGGOTA ASEAN
² Brunei
² Indonesia
² Singapura
² Myanmar
² Kemboja
² Vietnam
² Filipina
² Malaysia
² Thailand
² Laos
DASAR MALAYSIA
Ø Hubungan dengan negara luar sangat penting
untuk menjamin pertahanan, keselamatan, dan kedaulatan negara, pembangunan
ekonomi.
Ø Hubungan ekonomi ini dapat meningkatkan
ekonomi negara.
Ø Kedaulatan adalah tunggak utama negara.
Ø Malaysia bekerjasama dengan negara ialah usaha
mengutarakan kedudukan negara.
PRINSIP UTAMA ASEAN
n Saling menghormati kemerdekaan, ketuanan,
kesaksamaan, integriti jajahan dan identiti semua negara.
n Memberi hak kepada negara untuk memimpin
kehadiran nasional.
n Membuat perbincangan dan penyelesaian
perbezaan atau perdebatan dengan aman.
n Menolak penggunaan ketenteraan sekiranya
terdapat persengkataan.
n Melakukan kerjasama efektif antara negara
anggota.
MATLAMAT ASEAN
a)
Mempercepatkan
pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan kebudayaan.
b)
Mengalakkan
keamanan dan kestabilan politik dirantau Asia.
c)
Meningkatkan
kerjasama dan bantuan antara anggota ASEAN dalam pelbagai bidang.
d)
Meningkatkan
taraf hidup rakyat negara anggota.
e)
Mengukuhkan
hubungan dengan penubuhan serantau dan antarabangsa lain.
TERDAPAT BANYAK PERSETUJUAN NEGARA
ANGGOTA ASEAN ANTARANYA DALAM BIDANG PENDIDIKAN, KESELAMATAN, EKONOMI, SOSIAL
DAN KEBUDAYAAN
Antara persetujuan yang
telah dibuat dalam bidang keselamatan ialah menerima konsep South East Asian
Nuclear Weapons Free Zone (SEANWFZ), agar menjadikan Asia bebas dari Nuklear.
Selain itu, mereka juga menerima konsep Zon Aman, bebas dan berkecuali
(ZOPFAN), iaitu bebas daripada persaingan kuasa besar. Dalam bidang pendidikan,
ASEAN bersetuju menubuhkan persidangan menteri-menteri pelajaran ASEAN
(SEAMEO), iaitu perkongsian kepakaran.
5.1.2 PERANAN PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA
ISLAM (OIC)
Perkara yang ditegaskan oleh Tun
Abdullah Ahmad Badawi:-
ü Mengukuhkan rangkaian perdagangan dan ekonomi
dalam kalangan negara.
ü Melaksanakan langkah-langkah untuk membina
keyakinan semua orang.
ü Bersungguh-sungguh meyakinkan Islam agama yang
toleransi, mencintai keamanan dan memupuk kesederhanaan.
ü Memupuk perpaduan yang berterusan dalam negara
anggota dan rakyatnya.
ü Perlu ada peraturan yang lebih baik memerangi
rasuah, memupuk urus tadbir yang baik, peningkatan ketelusan dan akauntabiliti.
BAB
5 : 5.1.2 Peranan Pertubuhan Negara-negara Islam.
ü Telah ditubuhkan pada
tahun 1971 atas cadangan Malaysia.
ü Ada 57 buah negara
terlibat.
ü Mewujudkan kerjasama
antara negara Islam dalam pelbagai bidang.
ü Usaha memupuk perpaduan
yang berterusan dalam kalangan negara anggota.
ü Perlu meaksanakan
langkah-langkah untuk membina keupayaan bagi membolehkan wanita menyedari
potensi sepenuhnya.
ü Bersungguh-sungguh
menyakinkan dunia bahawa islam ialah agama yang toleran.
ü Mengukuhkan rangkapan
perdagangan dan ekonomi.
5.1.3 Peranan Pertubuhan Negara-
negara Bekas Jajahan British (KOMANWEL)
ü Negara-negara Komanwel
adalah negara yang pernah dijajah oleh British.
ü Menekankan serta
membangkitkan isu ekonomi.
ü Malaysia kaya dalam bidang
pertanian, perdagangan dan seterusnya.
ü Menubuhkan tabung
antarabangsa.
ü Pengurangan pencemaran
laut dan selainnya.
5.1.4 Peranan
Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
Pengenalan
Ø Sebuah
Organisasi antarabangsa yang disertai lebih Negara yang tidak memihak kepada
mana-mana blok kuasa.
Ø Diasaskan
pada tahun 1961.
Tujuan Utama
Ø Mewujudkan
kerjasama yang erat dalam kalangan negara anggota.
Ø Menjadi
medan diskusi bagi negara-negara anggota untuk menyuarakan pendirian berhubung
isu-isu semasa.
Ø Mengelakkan
negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi.
Ø Memperjuangkan
kepentingan negara-negara sedang membangun.
Ø Menekankan
hal ehwal yang berkaitan dengan isu-isu ekonomi.
Ø Mewujudkan
muafakat dan kerjasama dalam kalangan anggota NAM melalui rundingan.
Matlamat NAM
Ø Menghormati
hak asasi manusia dan prinsip-prinsip Piagam PBB.
Ø Menghormati
kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara.
Ø Mengelakkan
campur tangan negara lain dalam hal ehwal sesebuah Negara
Ø Mengakui
semua ras dan negara
Ø Hak
setiap negara untuk mempertahankan diri sendirian atau berkumpulan.
Ø Mengelak
ugutan pencerobohan dan penggunaan kekerasan.
Ø Menghormati
keadilan dan bertanggungjawab antarabangsa.
5.1.5. PERTUBUHAN BANGSA – BANGSA BERSATU (PDD)
PENGENALAN
Ø PBB
telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 di San Francisco, Amerika Syarikat.
Ø Bilangan
Negara anggota PBB bertambah kepada 191 buah Negara.
MATLAMAT UTAMA PBB
Ø Mengekalkan
keamanan dan keselamatan dunia.
Ø Menggalakkan
kerjasama antarabangsa dalam bidang – bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.
Ø Melindungi
hak –hak asasi manusia tanpa mengira kaum, jantina atau agama.
PROGRAM YANG DILAKSANAKAN OLEH PBB
Ø Majlis
Perhimpunan Agung.
Ø Keselamatan
bagi menentukan dan memutuskan isu – isu keselamatan melalui kuasa veto.
Ø Majlis
Ekonomi dan Sosial PBB bagi meningkatkan taraf hidup.
Ø Bantuan
kecemasan kepada mangsa peperangan terutama kanak – kanak.
Ø Pertubuhan
Palang Merah Antarabangsa.
STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH PBB BAGI MENCAPAI MATLAMAT
Ø Persidangan
perwakilan negara anggota bagi menyelesaikan masalah,pertikaian yang melibatkan
negara – negara anggota.
Ø Menyelesaikan
sebarang isu atau pertelingkahan dunia.
Ø Khemah
– khemah pelarian sebagai penempatan pelarian didirikan untuk berlindung,
memperoleh makanan, pakaian dan perubatan.
Ø Membantu
pelarian Vietnam dan Kampucheo dan mendirikan penempatan sementara.
BADAN – BADAN PBB YANG UTAMA
Ø Majlis
Perhimpunan Agung
Ø Majlis
Keselamatan
Ø Majlis
Amanah
Ø Majlis
Ekonomi Dan Sosial
Ø Makamah
Pengadilan Antarabangsa
Ø Sekretariat
Bab 5.2.1
Konsep pencemaran dan pemuliharaan alam sekitar.
Malaysia mengambil berat tentang
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar untuk memastikan pembangunan yang
mantap dan mekanisma ekonomi yang positif dapat dilaksanakan.
Pemeliharaan
Dan Pemuliharaan Kualiti Alam Sekitar.
Pencemaran
alam sekitar bagi kesan yang negatif bukan sahaja terhadap kesihatan manusia
tetapi kemajuan ekonomi negara. Pencemaran berpunca daripada manusia yang
mengutamakan kepentingan diri sendiri sehingga sanggup memudaratkan orang lain.
Oleh itu, setiap individu perlu bertanggungjawab untuk memelihara dan
memulihara alam sekitar.
Kerajaan
negeri dengan agensi pembangunan negeri boleh memainkan peranan penting
terhadap pembangunan sumber asli. Umumnya, tujuan dasar negara kita mengenai
alam sekitar adalah untuk :
a) Mencapai alam sekitar yang bersih,
selamat, sihat dan produktif.
b) Memelihara dan memulihara sumber asli
dan warisan kebudayaan negara yang unik.
Langkah-langkah
pemelihraan dan pemuliharaan alam sekitar :
a) Penghutanan semula
-Menanam semula spesis pokok.
-Memastikan bekalan kayu yang bermutu dapat dibekalkan secara berterusan.
b) Mewartakan hutan simpan dan tanam
Negara
-Memberi perlindungan kepada flora dan fauna
-Contoh hutan simpanan dan taman negara yang telah diwartakan adalah :
·
Hutan
Simpanan Hulu Gombak, Selangor.
·
Hutan
Simpanan Sepilok, Sabah
·
Taman
Negara, Pahang.
c) Penanaman berteras
-Kawasan cerun bukit
-Mencegah kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh di kawasan cerun bukit.
d) Tanaman tutup bumi
-Megurangkan hakisan tanah dan mengekalkan kesuburan tanah
e) Penggunaan baja organik
-najis haiwan dan sisa tanaman
-menambah kesuburan tanah
-tidak perlu diproses dan tidak mencemarkan alam sekitar.
Prinsip
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
-Malaysia
telah merancang dan melaksanakan pelbagai usaha untuk menangani masalah
persekitaran. Dengan ini, kerajaan menggariskan beberapa prinsip seperti yang
berikut :
a) Penjagaan alam sekitar
b) Pemuliharaan kesuburan tanah dan
kualiti alam sekitar
c) Peningkatan berterusan tahap
kesihatan dan keselamatan yang berkualiti dan mantap.
d) Penglibatan aktif di peringkat
antarabangsa.
5.3 Konsep
Pembangunan Insan
Pembangunan modal insan ialah
tindakan atau program yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi untuk membangunkan
seseorang supaya berketerampilan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan
pembentukan sikap dalam melaksanakan tugas.
Antara kepentingan pembangunan modal
insan adalah :
i.
Menjana
pendapatan negara
ii.
Pembangunan
negara pada masa akan dating.
iii.
Membantu
kerajaan dalam membangunkan negara.
Sistem pendidikan di
Malaysia mempunyai bentuk kurikulum yang tersendiri dan tidak hanya memfokuskan
ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk membolehkan seseorang insan menjana
ekonomi negara semata-mata.
Bab 5.3.1 Sistem
Pendidikan.
1.
Sistem pendidikan merupakan
aspek utama dalam pembangunan negara. Sistem ini telah menyediakan saluran ilmu
pengetahuan dan kepakaran kepada generasi kini bagi menggalakkan perkembangan
ekonomi dan keamanan negara. Kerajaan telah melakukan perubahan dalam sistem
pendidikan negara. Sistem pendidikan prestasi tinggi adalah antara transformasi
yang ingin dikecapi setanding dengan negara yang maju yang lain. Sesungguhnya,
kejayaan sistem pendidikan ialah hasil ketekunan dan sumbangan para pendidik,
pentadbir, pegawai dan kakitangan sokongan sekolah.
·
Matlamat pendidikan di Malaysia
adalah bertujuan untuk:
a)
Melahirkan bangsa Malaysia yang
taat setia dan bersatu padu
b)
Melahirkan insan beriman,
berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
c)
Menyediakan sumber tenaga
manusia untuk keperluan kemajuan negara
d)
Memberi peluang-peluang
pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
2.
Peringkat dan Tempoh Pendidikan
: Matlamat ini akan dapat dicapai melalui usaha meningkatkan enrolmen bagi
memastikan saluran sejagat pada peringkat prasekolah, pendidikan rendah,
menengah rendah dan menengah atas.
Langkah yang akan diambil termasuklah yang berikut:
a)
Memastikan peringkat dan jangka
pendidikan selari dengan amalan sistem pendidikan antarabangsa.
b)
Pemberian bantuan yang lebih
besar bersasaran dan berdasarkan keperluan
serta bantuan lain kepada pelajar dan
sekolah.
3.
Kurikulum Kebangsaan : untuk
melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi.
4.
Kokurikulum Kebangsaan :
melahirkan pelajar yang seimbang dari sudut intelek, minat, bakat, jasmani dan
rohani kearah kemajuan kepimpinan murid, pembentukan nilai estetika serta
memantapkan jati diri.
5.
Peringkat Pendidikan
Terbahagi kepada 5 bahagian :
ü Prasekolah : Tujuan utama penetapan umur permulaan bagi pendidikan
prasekolah ialah memberikan jangka yang cukup kepada kanak-kanak
untukmengembangkan potensi intelek, rohani, emosi, dan jasmani sebagai
persediaan ke sekolah rendah.
ü Rendah : Menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran membaca,
menulis, mengira (3M).
ü Menengah : Melahirkan pelajar mempunyai kemahiran dalam berfikiran
KBAT,iaitu secara kritis, kreatif dan inovatif, mempunyai prinsip kenegaraan
yang tinggi serta menguasai sekurangnya dua bahasa iaitu (BM) & (BI).
Selain tu, memastikan pelajar lepasan menengah dapat meneruskan ke pengajian
yang lebih tinggi.
ü Lepas Menengah : Adalah untuk menguatkan perngetahuan dan kepakaran
mereka sebagai persediaan bagi melanjutkan pengajian peringkat ijazah.
ü Pendidikan formal : Untuk memberi masa yang cukup kepada pelajar
untuk berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani, dan
sosial.
6.
Laluan Pendidikan Vokasional :
memberi pendidikan khusus dalam kemahiran pelajar untuk memenuhi kerjaya yang
memerlukan kemahiran dan kemahiran teknikal yang khusus. Perbezaan antara
teknikal dan vokasional ialah aliran teknikal mempersiapkan murid untuk
melayakkan diri dalam pendidikan yang lebih tinggi. Manakala, aliran vokasional
lebih kepada kerjaya.
7.
Laluan Pendidikan Teknikal :
Memberi peluang kepada pelajar yang berminat dalam bidang teknikal di
sekolah-sekolah teknik di seluruh negara. Pendidikan ini memberikan peluang
kepada pelajar untuk meneruskan pengajian dan kerjaya dalam bidang kejuruteraan
dan profesional.
8.
Laluan Pendidikan Agama :
Kerajaan sangat komited dalam menaiktarafkan pendidikan agama Islam di
Malaysia. Semua SAK melaksanakan kurikulum kebangsaan, manakala SAN dan SABK
melaksanakan kurikulum ini dan kurikulum kebangsaan. Manakala, sekolah agama
swasta boleh memilih sama ada melaksanakan kurikulum kebangsaan atau tidak.
9.
Laluan Penidikan Sukan dan Seni
: Kerajaan telah menubuhkan sekolah sukan dan sekolah seni. Terdapat 4 buah
sekolah sukan dan 2 buah sekolah seni di Malaysia. Sekolah-sekolah ini amat penting
bagi memupuk dan mengilapkan bakat generasi muda dan melahirkan atlet pelapis
serta penggiat seni.
10.
Pendidikan Khas : Dalam sistem
pendidikan, kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) diberi perhatian yang sama dengan
pelajar-pelajar normal. Pelajar yang mempunyai kurang upaya penglihatan, kurang
upaya pendengaran, masalah pembelajaran, kurang upaya fizikal dan kurang upaya
pelbagai diperingkat prasekolah, rendah, menengah dan lepas menengah termasuk
dalam golongan Orang Kelainan Upaya. Kerajaan beriltizam untuk menangani masalah
yang dihadapi dalam sistem pendidikan khas seperti kekurangan guru dan tenaga
pakar khidmat sokongan kelayakan, keterbatasan kurikulum dan pentaksiran, serta
ketidakcukupan kemudahan infrastuktur dan perkhidmatan sokongan.
11.
Pendidikan untuk Murid Pintar
Cerdas : Golongan murid pintar dan cerdas perlu diberikan pendidikan yang
khusus bagi menggilap lagiminda dan keistimewaan mereka. Antara inisiatif yang
dilakukan oleh pihak Kerajaan adalah dengan mewujudkan program pendidikan murid
pintar cerdas seperti PERMATA pintar.
12.
Pendidikan Swasta : Ibu bapa juga
berpeluang untuk mengahantar anak mengikuti pendidikan swasta yang terdapat di
negara ini. Pendidikan swasta ialah pendidikan yang disediakan kepada murid
tempatan dan antarabangsa oleh institusi pendidikan swasta. Institusi
pendidikan swasta dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Sektor swasta
menawarkan pendidikan dari peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah
menengah hinggake peringkat prauniversiti.